gambar sekada hiasan
Ramai juga yang tertanya siapakah dalang kepada letupan
berani mati yang seringkali dilakukan di Turki. Nama-nama organisasi seperti
PKK, YPG, PYD dan ISIS sering dikaitan sebagai dalang kepada operasi jahat ini.
Ramai yang mengatakan Turki akan menjadi tidak aman sepertimana Negara-negara
lain yang berhampiran dengannya seperti Syria, Iraq dan Mesir.
Namun ini kami katakana bahawa situasi di Turki adalah
berbeza dengan Negara-negara arab yang lain. Apa yang terjadi di Turki bukanlah
kerana Revolusi atau ketidakpuasan hati rakyat Turki namun apa yang terjadi
sekarang di Turki adalah kerana perasaan hasad dengki dan juga campur tangan
kuasa luar yang tidak mahu Turki terus berada dalam keadaan aman dan bergerak
lebih maju kehadapan.
Namun sebelum kita berbicara lebih mengenai situasi semasa,
kita perlu melihat kepada sejarah dan asal usul punca mengapa perkara ini
terjadi dan bagaimanakah permusuhan dan perselisihan antara golongan berhaluan
kiri ini bermula di Turki. Situasi yang berlaku pada hari ini bertitik tolak
apabila Penubuhan Republik Turki pada tahun 1922 yang secara langsung
menamatkan sistem pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah ini telah menafikan
sebarang hak bangsa lain selain Turki.
Semasa era Khilafah Uthmaniyyah, bumi Uthmaniyyah ini tidak
hanya didiami oleh orang berbangsa Turki, namun ia adalah sebuah “Devlet-i
Aliyye Uthmaniyah” yang mempunyai rakyat yang berbagai bangsa, bahasa dan
agama. Ia adalah sebuah kedaulatan yang menghormati dan meraikan perbezaan
bangsa, bahasa dan agama seperti mana yang telah diajarkan oleh junjungan besar
kita Rasullullah s.a.w dan juga dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah
Al-Hujarat : 13 :
(Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak
supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi
Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal)
Hal ini sudah diamalkan oleh Daulah Uthmaniyyah sejak ratusan
tahun, hatta sejak Daulah ini ditubuhkan pada tahun 1299 lagi.
Namun apabila perjanjian “Sykes-Picot” pada tahun 1916
dilaksanakan semasa perang dunia pertama, kedaulatan yang mempunyai berbeza
bangsa, ras kulit, bahasa dan agama ini mula dipecah-pecahkan mengikut kaum dan
mulanya tertubuh Negara-negara bangsa yang membangkitkan ideologi nasionalism
yang sempit. Umat manusia yang hidup bersama-sama dalam kepelbagaian dan
keunikan ini mula dipecah-pecahkan mengikut bangsa dan bahasa mereka. Ruh surah
Al-Hujarat ini mula dinafikan dan dilupakan, Umat islam tidak lagi bersatu atas
pegangan aqidah, namun bersatu atas pegangan bangsa dan bahasa.
Namun tidak semua bangsa bernasib baik, bangsa seperti
Kurdi, Ahiska, Rohingya, Moro, Pattani dan banyak lagi bangsa lain dinafikan
hak tanah mereka. Bangsa-bangsa ini hilang tempat tinggal, hilang hak mereka
untuk berbicara dalam bahasa mereka dan menjalani kehidupan harian mereka dalam
budaya dan cara hidup mereka sendiri. Mereka seringkali berada dalam tekanan dan
hidup dalam pelarian di tanah mereka sendiri. Bangsa-bangsa yang tidak bernasib
baik ini, selepas hidup dalam tekanan pada satu tempoh masa mula meminta dan
berjuang untuk mendapatkan wilayah autonomi mereka sendiri sepertimana bangsa
lain yang sudah sekian lama menikmati kebebasan ini.
Bangsa-bangsa yang dinafikan hak mereka ini selalunya
mendiami kawasan yang jauh dari pembangunan dan juga pendidikan, akses kepada
maklumat dan berita semasa, menjadikan mereka terbuka kepada eksploitasi
golongan berkepentingan. Sentimen perkauman dan dendam lama sering dimainkan.
Modus operandi seperti ini sudah sekian lama digunakan di tempat-tempat lain
yang mengalami situasi yang sama.
Di Turki, masyarakat Kurdi yang ditindas sekian lama sejak
zaman penubuhan republik dieksploitasi kuasa antarabangsa seperti Israel,
Amerika dan Rusia. Ini jelas apabila Amerika masih degil untuk menyenaraikan
PKK (Partiya Karkerên Kurdistanê/Parti Buruh Kurdistan) atau proksi mereka di
Syria YPG (Yekîneyên Parastina Gel/People Protection Party), PYD (Partiya
Yekîtiya Demokrat/Democrate Union Party) sebagai kumpulan pengganas, sungguhpun
mereka secara terang-terang mengaku bahawa mereka bertanggungjawab ke atas
serangan-serangan letupan berani mati di Ankara dan Istanbul. Kedegilan ini bertolak
titik dari pendirian Amerika yang mahu menjadikan YPG/PYD/PKK sebagai proksi
mereka dalam mengekalkan kuasa mereka dan mengekang pengaruh ISIS di rantau
ini. Campur tangan Amerika ini jelas dilihat daripada isu Laut Hitam yang masih
belum selesai. Sehingga saat ini, senjata-senjata api masih dibekalkan oleh
Amerika kepada puak pengganas ini , atas alasan agar “ melemahkan dan
mengalahkan ISIS” seperti di katakan President Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Apa yang dialami oleh kepimpinan dan rakyat Turki pada saat
ini adalah serangan keatas kedaulatannya, bukannya seperti revolusi yang
berlaku di Syria, Iraq, Libya ataupun Mesir. Apa yang Turki perlukan pada saat
ini adalah sokongan dari masyarakat dunia dan persepakatan dari masyarkat dunia
dalam mengecam tindakan ini. Turki pada saat ini dicemburui pelbagai pihak luar
seperti Amerika, Iran, Israel, Russia atas kejayaannya dalam pembangunan dan
juga kemajuan yang dicapai Turki akhir-akhir ini.
kredit: Said Imaddudeen
No comments:
Post a Comment