Walaupun sudah dua tahun pesawat milik MAS MH370 hilang,
namun keluarga penumpang pesawat malang tersebut mahu operasi mencari
diteruskan.Hasrat itu dinyatakan mereka ketika majlis mengenang kejadian itu
hari ini sekaligus ingin mengetahui punca kehilangan supaya ia tidak berulang
kembali.Majlis Memorial MH370 dengan tema, ‘Dua Tahun Tragedi: Siasat semula,
Menilai semula dan Mula semula’ itu dihadiri bukan sahaja waris malah orang
ramai yang memperingati tragedi tersebut.Menurut isteri kepada Patrick Francis
Gomes, salah seorang penumpang pesawat itu, Jacquita Gomes berkata beliau dan
keluarga amat merasai kehilangan dan masih belum berhenti berharap dengan berita
mengenai pesawat tersebut.“Kami akan terus berusaha untuk memastikan kebenaran
dapat diketahui. Kami tidak akan berputus asa,” katanya dipetik The Star
Online, hari ini.Sementara itu, seorang waris mangsa Bai Chuan Fu, 48, berkata
beliau hadir ke majlis mengenang kejadian ini kerana ingin memberitahu dunia
supaya tidak melupakan MH370.“Walaupun kita boleh mendapat pampasan, tetapi apa
yang lebih penting ialah mencari kebenaran. Saya tidak mahu melepaskannya,”
katanya.Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu disahkan berakhir di Lautan Hindi.
p/s : SEMOGA IA SEMUA DIPERMUDAHKAN....
No comments:
Post a Comment