Saturday, 12 March 2016

Bahagia lah kamu wahai anak...

gambar sekadar hiasan
Saat si ayah berkata,

" Adalah saya ayahnya, wali kepada pengantin perempuan, Dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan keselamatan, kasih sayang, cinta, pengorbanan dan perjuangan, serta tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah, semoga diberkati Allah swt ke atas kamu dan orang dibawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu."

Maka dari itu, pasti bercucuran linangan air mata dari insan yang selama ini menjagamu, memeliharamu, mendidikmu dan menyayangimu. Can you imagine that?

Lelaki,

Penyerahan 'tanggungjawab' bukan bermaksud 'kau bebas' bermain dengan nafsu semata-mata walaupun si dia halal, tetapi penyerahan tanggungjawab ialah kau sedia cari makanan saat si dia lapar, kau sedia cari ubat saat si dia sakit, kau sedia cari duit saat dia perlukan duit, kau sedia jadi budak riang, saat si dia stress dengan masalah, kau sedia pujuk saat si dia merajuk, kau sedia pinjamkan bahu saat si dia menangis, kau sedia masak, basuh kain, kemas rumah, basuh pinggan dan lain-lain saat si dia berpantang dalam bersalin, kau sedia menahan lapar saat si dia perlukan kewangan untuk zuriatmu, kau sedia bangun malam saat si dia sakit menanggung perutnya yang memboyot, kau sedia membelai dengan penuh cinta saat si dia lemah tidak punya kekuatan untuk bersalin, kau sedia berikan motivasi saat dia futur, kau sedia balik awal ketika kerja untuk memastikan si dia sentiasa selamat tanpa diganggu orang jahat, kau sedia bimbing ilmu fardhu ain, dan ilmu-ilmu yang lainnya sehinggalah si dia benar-benar faham dan amal.

Pendek kata kau sedia untuk menjadi sahabat, murabbi, dan kekasih buat dia.

Kerana dia permata yang kau pilih. Maka kenapa perlu 'berhenti' walhal kau memilih jalan itu ? Kalau hendak berhenti kenapa perlu bermula ?
Bukankah setiap yang bermula ia perlu diakhiri ?

Ya, diakhiri dengan syurga dan redha Allah.

Buat seluruh bunga di luar sana,
Bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup? Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung? Sakit bersalin berpantang? Realiti, anak mahu berjam-jam di pangkuan kita sampai badan menggigil lapar, dan lesu yang amat.

Remember, you are giving your life for your children. Kata mak saya, JANGAN MIMPI hendak makan, mandi dan tidur dengan aman selagi anak masih kecil. Sebab itu wahai wanita, jangan memberontak kalau mak ayah tak izin lagi untuk nikah. Mereka tahu tahap mana 'kemampuan' anak-anak mereka, mereka tahu kita belum siap sedia menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Bukan kerana mereka tak sayang kita. No. But kerana mereka sayang lah mereka berbuat demikian. Mereka risau dan risau kita menjadi isteri yang derhaka, yang mengabaikan hak dan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak.

Ingat, semua itu hanyalah kerana mak ayah ingin MENDIDIK KAMU bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH, sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba untuk hadapi susahnya liku kehidupan tanpa harapkan orang lain.

Kamu yang masih bujang,
Kalau kamu lihat semua yang indah-indah belaka. Itu hanyalah apa yang mereka perlihatkan kepada dunia. Hakikatnya, susah payah, perit air mata yang disembunyikan hanya Allah sahaja yang tahu. Kita hidup di alam realiti bukan fantasi. Again, realiti bukan mimpi atau ilusi. Jangan hanya berangan-angan yang indah belaka tanpa mahu MEMIKIRKAN amanah dan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.

Alasan,
1. Sudah kenal lama
2. Elak maksiat

Tidak cukup untuk kahwin tergesa-gesa. Sebab jika gunakan alasan masa bujang kahwin awal untuk pelihara maruah, bagaimana kamu yakin akan menjaga maruah selepas nikah ?

Sebab itu untuk kahwin, perlu ilmu. Bukan nafsu melulu.

Ingat kawan-kawan, Imam Nawawi tidak sempat menikah kerana sibuk dengan ilmu. Beliau meninggal pada usia muda. Namun sumbangannya kepada dunia islam amat besar dan terlalu besar. Terutamanya dalam mazhab syafie, beliau juga merupakan seorang ulama mujtahid Tarjih.

Again, lelaki dan perempuan perlu ilmu.
Bukan ilmu yang perlu kamu.

Lelaki, biarlah khatam satu kitab bab nikah sebelum nikah. Sekurang-kurangnya kitab Muhimmah. Insya Allah cerdik rumah tangga.

Tidaklah terpampang di surat khabar, mahupun menjadi viral di fb berita-berita seperti suami menceraikan isteri dan menggangap lafaz cerainya adalah lafaz gurau dan sebagainya.


Wallahualam.

SUMBER:FB

No comments:

Post a Comment