Sultanah Helen dikatakan sebagai wanita barat pertama yang
ditabalkan sebagai suri singahsana kesultanan Melayu. Beliau adalah Sultanah
Johor yang merupakan isteri ketiga DYMM Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum
Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Ke-2 Era Johor Moden. Helen binti Abdullah
dilahirkan di Glasgow pada 21.12.1889 sebagai Helen Bartholomew. Helen telah
berkahwin dengan Dr William Brockie Wilson seorang warga British yang
dilahirkan di Malaya dan merupakan doktor peribadi kepada Sultan Ibrahim. Setelah
suaminya meninggal dunia, beliau telah kembali semula ke Britain.
Pada satu ketika, Baginda Sultan Ibrahim meminta Helen yang
berada di Britian untuk menjadi "mata dan telinga" baginda menjaga
putera-putera baginda yang dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran.
Baginda sering melawat putera-putera baginda dan disinilah timbulnya
bibit-bibit cinta diantara mereka berdua. Hubungan Helen dan putera-putera
baginda sangat rapat. Baginda telah mengambil keputusan untuk mengahwini Helen
pada 1930 di Surrey. Setelah memeluk Islam beliau menggunakan nama Helen binti
Abdullah dan telah ditabalkan pada 18.11.1931 dengan penuh adat istiadat Diraja
Johor sebagai Sultanah Johor dengan gelaran Her Royal Highness Sultanah Helen
Ibrahim. Walau bagaimanapun Jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh
yang MAHA ESA. Setelah melayari kehidupan sebagai isteri kepada Sultan Ibrahim
selama 10 tahun akhirnya beliau bercerai dengan cara baik dengan baginda.
Setelah bercerai dengan baginda, Helen kembali semula ke
London. Sultan Ibrahim merupakan salah seorang Jutawan dan dermawan di dunia
ketika itu dan dikatakan telah memberi banyak hadiah berupa barang kemas dari
permata, zamrud dan berlian pada hari lahir Sultanah Helen dan ulangtahun
perkahwinan mereka walaupun setelah mereka bercerai. Koleksi barang kemas Helen
dikatakan sebagai yang terbaik didunia. Baginda merupakan seorang Sultan yang
bertanggungjawab dimana baginda tetap menjaga kebajikan Helen walaupun telah
bercerai dengan baginda. Wajah Sultan Ibrahim dan Sultanah Helan pernah
diabadikan dalam stem kenang-kenangan sempena ulangtahun ke-5 perkahwinan
mereka.
Sultan Ibrahim mangkat pada 08.05.1959 dan tidak
meninggalkan sebarang zuriat bersama Helen. Tidak banyak yang mengetahui
kehidupan Helen selepas berpisah dengan Sultan Ibrahim. Kali terakhir Helen
diilihat pada 1960an dimana beliau dilihat turun dari sebuah Rolls Royce di
Sauchiehall Street dan tiada kelihatan lagi selepas itu di khalayak ramai. Dari
rekod yang diketahui beliau telah meninggal dunia dalam usia 88 tahun pada
13.08.1977 disebuah Rumah Jagaan atau Nursing Home di Surrey. Sehingga sekarang
tidak diketahui dimana koleksi barang-barang kemas peningalan Helen disimpan.
No comments:
Post a Comment