Pesanan buat yang belum kahwin..
kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH
KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu
masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti
flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila
ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta walaupun 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2
hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar
romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua
yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the
time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru
kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia..
realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya
berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal
dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat'
saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan
kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah
selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan
dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan
bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk
tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam..
bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian
menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak
& mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat
baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari
menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang
lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan
mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam
sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for
your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak
masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan
orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu
bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu
berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang
lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu
rumahtangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah
KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA
KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali
atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk
menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita
sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan
ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata...
"cinta saja tidak cukup....
No comments:
Post a Comment