Wednesday, 16 March 2016

simbolik orang jawa dengan NASI AMBANG

Nasi ini disediakan oleh orang keturunan Jawa di sebelah Pantai Barat Malaysia semasa kenduri kendara seperti kenduri arwah (Tahlil) dan kenduri kesyukuran. Pada zaman dulu, nasi ini dimasukkan kedalam acuan atau besen sebelum dihidangkan. Dengan ini, nasi ini akan kenyal dan tak mudah bertabur. Yang menjadikan nasi Ambeng ini unik ialah lauk pauknya iaitu Tempe, Kerisik, Rempeyek, Serunding Kelapa, Mee atau Bihun goreng, ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk buah-buahan. Semuanya diletak di atas nasi yang berlapik daun pisang dan dulang.

Setiap hidangan adalah untuk 4 orang. Biasanya mereka adalah merupakan ketua setiap keluarga. Pada asalnya nasi ambeng ini tidak untuk dimakan. Ia sekadar dijamah untuk dirasa sahaja. Kemudian ia dibahagi empat dan dibungkus untuk dibawa pulang sebagai berkat (buah tangan) kepada keluarga yang menunggu di rumah. Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.

kredit: fb kuasa johor

No comments:

Post a Comment