gambar sekadar hiasan
Ada seorang lelaki bertanya : 'Ustaz, kenapa setiap kali
apabila saya terpandang perempuan yang bertudung dan cantik maka rusuk kiri
saya akan bergetar?
Ada apa-apa maknakah?
Aljawab ;
Itu tandanya anggota badan kita marah kerana tidak
menundukkan pandangan. Boleh jadi juga itu petanda bahawa ajal kita sudah
dekat, jadi banyak-banyaklah bertaubat.
Lagipun hanya lelaki yang tidak matang dan cetek pengalaman
hidup akan terpedaya oleh kecantikan luaran. Lihatlah P. Ramlee dalam cerita
"Musang Berjanggut" bagaimana beliau berjaya membezakan di antara
perempuan dan betina melalui pengembaraan, ujian dan pengalaman.
Sabda Nabi salallahualaihiwassalam ;
مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ
عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih
membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cantiknya wanita pada luaran itu mungkin kerana mahalnya
baju yang dipakai, kadang-kadang kerana lamanya bersiap di depan cermin membuat
ikatan tudung atau 'make-up' yang menghilangkan jerawat dan keburukan. Seterika
baju mungkin sejam, cari pasangan tudung dan kain yang 'matching colour' pula
sejam, tambah aksesori seperti shawl dan barang kemas pula sejam.
Namun saat dihabiskan untuk membaca alQuran? Mungkin cuma 15
minit, solat dan berdoa ? 10 minit. Mempelajari kewajipan agama ? Mungkin 30
minit...
Menyantuni orang tua, menolong ibubapa, adik-beradik dan
kaum keluarga mungkin seminit-dua....Waktu lain dihabiskan kepada 'selfie' dan
bergambar serta menjadi model syok sendiri....Itu belum lagi 'marathon' melayan
filem Korea, Orang putih atau movie cinta dan drama bersiri....berjam-jam!
Itukah bakal pilihan hati? Gadis seperti itukah yang mampu
menggegarkan rusuk kiri? Sungguh naif dan menyedihkan hati....
Nanti apabila telah bernikah barulah ketahuan bahawa rupa
paras yang sering menggoda akan tamat tempohnya...Bahasa mudah, 'Expired'.
Bangun awal pagi memasak sarapan untuk suami memerlukan kesabaran, bukan
kecantikan. Membasuh baju dan pakaian kotor yang busuk serta menguruskan
rumahtangga memerlukan ketabahan bukan kemahiran memetik gitar sambil
menyanyikan lagu kun anta....
Menguruskan emosi seharian sebagai isteri memerlukan
kekuatan jiwa, mengekalkan cinta dan kebahagiaan rumahtangga memerlukan
kesabaran dan kefahaman tentang erti perkahwinan dan ketabahan hati. Ianya tak
diperolehi daripada selfie, juga tak dapat dari asyik melayan 'movie' tetapi
daripada pengalaman mengasuh adik-adik dan menolong keluarga dalam rumahtangga.
Petua memasukkan serai, bunga kantan dan daun kari dalam
masakan bukan sekadar daripada buku resepi tetapi daripada pengalaman di dapur
bersama ibu. Cara menyiang ikan, membuang perut ayam, menyukat nasi untuk
dimasak semuanya datang dari pengalaman hidup bukannya buku.
Lelaki umumnya adalah bodoh apabila berdepan dengan wanita
yang cantik. Nafsu kita akan menutupi akal sehingga pertimbangan kita menjadi
terpesong. Lautan sanggup direnangi, gunung sanggup didaki, sedangkan
hakikatnya kebahagiaan hidup kita bukanlah berada pada pelukan gadis jelita
tetapi dalam dakapan ibu dan doanya pada kita.
Hati yang tenang, bebas daripada dosa, kehidupan yang
berlandaskan ilmu, keputusan yang dibuat pastinya menguntungkan dunia dan
akhirat....
Berhati-hatilah teman, janganlah terpedaya pada luaran.
Biarkan rusukmu bergetar tanda takut kepada Tuhan!
p/s: wanita yang auranya sejuk dari dalam...akan terpancar satu ketenangan dari dalam diri dia...,lelaki yang di kelilingi dengan dunia kegelapan..pasti akan tersentuh bila melihat wanita seperti ini..,ia lahir dari sesuatu yang semula jadi.
No comments:
Post a Comment