BIHAR - INDIA. Tentera India mengarahkan calon peperiksaan
pengambilan jawatan mengambil peperiksaan dengan hanya berseluar dalam bagi
menghalang penipuan selepas beberapa skandal penipuan dilaporkan di negeri itu.Memetik
akhbar India Express, beberapa foto menunjukkan berpuluh-puluh lelaki duduk
bersila di sebuah padang dengan hanya berpakaian dalam untuk menjawab soalan sambil dikawal oleh
penyelia beruniform.Akhbar itu memetik sumber tentera sebagai berkata, mereka
mengambil langkah radikal untuk menjimatkan masa menapis ramai orang selepas
lebih 1000 calon hadir dalam peperiksaan itu."Kami tidak mempunyai pilihan
untuk mematuhi arahan walaupun ia berasa ganjil," kata sumber kepada akhbar itu dipetik AFP.Sementara
itu, jurucakap tentera di New Dehli enggan mengulas mengenai laporan itu yang
datang setahun selepas polis Bihar menahan 1,000 calon pegawai mengupah orang
untuk menduduki peperiksaan untuk mereka.Menggunakan kaedah penipuan
tradisional hinggalah menggunakan kamera pengintip berteknologi tinggi, menipu
adalah perkara biasa di India bagi kebanyakan individu untuk mendapatkan gred
sekolah yang baik dan pekerjaan di sektor kerajaan.Bihar adalah salah satu
negeri yang paling ramai penduduk yang terkenal dengan penipuan semasa
peperiksaan.Tahun lalu, menyaksikan saudara-mara dan ahli keluarga memanjat
dinding pusat peperiksaan sekolah
memberi nota kepada calon untuk lulus tersebar dan menjadi berita utama negara.
Artikel Pilihan
No comments:
Post a Comment