Monday, 7 March 2016

GERHANA MATAHARI 2016

Kejadian Gerhana Matahari pada 9 mac 2016 , hari Rabu jam 8.23 pagi iaitu detik kemuncak gerhana dengan kadar 90% .
Gerhana matahari yang akan berlangsung ini adalah ulangan 21 tahun yang lalu . 29 Jamadilawal 1416 hijrah hari selasa bersamaan 24 oktb 1995 masihi jam 12.30 tengahari iaitu waktu al-Zohirah ( الظهيرة ) juga di sebut al-Qailulah ( القيلولة ) dengan kadar gerhana 70 % , manakala bulan yang menghalangi cahaya matahari itu berada pada kedudukan titik ' simpul atas ' ( العقدة الصاعدة ) .
Sekali lagi Gerhana matahari berulang pada tanggal yang sama iaitu 29 Jamadilawal 1437 hijrah hari Rabu bersamaan 9 mac 2016 masihi jam 8.23 pagi iaitu waktu Dhoha ( الضحى ) dengan kadar gerhana 90% , manakala kedudukan bulan yang menghalangi cahaya matahari berada pada kedudukan titik ' simpul bawah ' ( العقدة النازلة ) .
Mafhum firman Allah SWT : ayat 8 Surah Kaf ( سورة ق ) fenomena Alam sebagai bukti kekuasaan Allah SWT mengandungi 2 nilai : 1- Tabsirah ( تبصرة ) - tuntutan mengambil perhatian dan 2- Zikra ( ذكرى ) - tuntutan mengambil peringatan .
Ambil Perhatian ( تبصرة ) : gerhana matahari 1416 H / 1995 M menyaksikan slps gerhana negeri johor di uji dengan kemarau yang mengheret kpd wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan .
Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini pula memberi limpahan hujan yang seragam utk kesuburan negeri johor.
Ambil Peringatan ( ذكرى ) : Janganlah hendaknya sejarah berulang kembali iaitu kemarau dan wabak penyakit…semoga allah peliharakan kita.


sumber:
Bahagian Falak ,

Jabatan Mufti Johor .

No comments:

Post a Comment