Thursday 28 April 2016

WAHABI BUKAN AJARAN SESAT



Pagi ini dua kali saya bangun untuk menjawab soalan-soalan Ahli-ahli Dewan Negara di Parlimen. Salah satu soalan yang dibangkitkan ialah status fahaman Wahabi yang didakwa sebagai ajaran sesat. Sudah berkali2 soalan ini dibangkitkan di Parlimen bahkan seringkali menjadi polemik di kalangan masyarakat.

Berhubung dengan fahaman wahabi, Muzakarah Jkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan perkara ini beberapa kali, iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM pd kali ke-14 (2000), kali ke-20 (2002) dan kali ke-23 (2003) dengan memutuskan bahawa Kumpulan Wahabi adalah sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Walaubagaimanapun pendekatan yang penuh bijaksana perlu diatasi dan ditangani adalah kontroversi yang bersangkut dengan masalah khilafiyyah atau perkara2 yang masih diperbahaskan ulamak sejak dulu yang cuba dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

Dalam hubungan ini, kerajaan amat prihatin dan sentiasa mengambil berat isu-isu furu'iyah, masalah-masalah cabang yang sering dikaitkan dengan pendokong fahaman pegangan seperti ini supaya ia tidak menjejaskan perpaduan masyarakat Islam di negara ini.


Yang penting janganlah kita terlalu taksub dan fanatik dengan satu2 pandangan dan pendapat hingga menjerumus kita menbid'ahkan, menyesatkan hatta mengkafirkan sesama Islam hanya kerana berbeza pandangan dalam masalah2 cabang dalam agama. Sudah tiba masanya umat melakukan anjakan paradigma dan pendewasaan budaya fikir dengan sentiasa berpegang kepada nilai tasaamuh dan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju.

YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki
FB JAKIM

No comments:

Post a Comment