Saturday 9 April 2016

Askar JOHOR lebih lama dari Askar MALAYSIA


Seperti kita sedia maklum, Askar Timbalan Setia Negeri Johor merupakan institusi pertahanan pertama dan tertua di negara kita. Pasukan ini telah diilham dan ditubuhkan jauh lebih awal, berbanding pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja yang hanya ditubuhkan pada tahun 1933. Lebih membanggakan, Negeri Johor adalah satu-satunya negeri di negara kita yang sehingga kini mempunyai pasukan tenteranya sendiri dan lebih 100 tahun kewujudannya di sebalik peranan utamanya mempertahankan kedaulatan institusi Diraja Johor, Askar Timbalan Setia juga sudah menjadi satu simbol dan identiti unik negeri ini. Ia sinonim dengan Institusi Istana Johor.

Dan jika kita ingin melihat perbandingan yang hampir setara, terdapat banyak contoh yang hampir serupa di peringkat antarabangsa. Misalnya, regimen askar yang ditubuhkan ketika Pemerintahan King Charles II bagi mempertahankan institusi Istana Inggeris yang dikenali sebagai The Queen’s Guard dan The Queen’s Life Guard. Pasukan tersebut bukan sahaja menjadi simbol penting institusi diraja, malah menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia yang akan berhimpun menyaksikan mereka bertugas di Istana Buckhingham, Tower of London serta Windsor Castle di United Kingdom


Kesemua pasukan askar ini adalah satu simbol besar kepada tamadun mereka. Simbol yang menunjukkan kedaulatan, kekuatan serta sejarah yang luar biasa nilainya.Maka, adalah mustahak bagi Negeri Johor untuk memastikan simbol ini terus diperkukuhkan. Ia adalah bahagian penting dalam perjalanan sejarah Johor dan bangsanya. Bukan sahaja daripada segi imejnya, namun kekuatan kemudahan dan kesiapsiagaannya. Ia harus dipelihara, diperkasa dan dipertahankan. Dan kerana demikian sebabnya jua lah, pasukan Askar Timbalan Setia Negeri mesti diperkukuhkan wibawanya.

kredit:Persatuan bangsa johor

No comments:

Post a Comment