Saturday, 9 December 2017

SIAPA YANG KAWAL TRUMP?

HUBUNGAN DIPLOMASI ISRAEL DAN AMERIKA

SIAPAKAH YG CONTROL KERAJAAN ISRAEL??

KENAPA ISRAEL KEBAL DI SISI UNDANG2 DUNIA??

APAKAH RAHSIA MEREKA??

Ramai inginkan pencerahan selepas membaca posting dari 'professor sarkis' yg TAK FAHAM SEJARAH dan TAK FAHAM SISTEM, dengan penuh yakin buat statement ''Fmason tak control Israel & Amerika..''

lucu bukan??

hmm.. bermatian nak pertahankan Fmason tak jahat.. patut la makin ramai melayu yg join.. nak melingkup semua..

PENCERAHAN..

Bila menyebut Israel kita akan teringatkan kekejaman zionis menindas dan membunuh rakyat Palestin..

Tetapi hakikat yang nyata yang tidak didedahkan ialah siapa ''bos'' sebenar di Israel yang sentiasa menindas rakyat Palestin dan umat Islam.

Ya, masyarakat dunia tidak didedahkan maklumat, siapa 'BOS' kepada Netanyahu??

Pemimpin Israel ini sebenarnya hanyalah  ''pekerja bawahan'' kepada Rothschild.

Sebarang perancangan2 negara Israel, si Bibi a.k.a Netanyahu ini akan bertanyakan dahulu pandangan Baron Benjamin de Rothschild yang tinggal di Paris.

Jika Baron Benjamin mengatakan Ya, maka barulah perancangan2  Israel akan diteruskan, jika tidak, Netanyahu hanya perlu tunggu greenlight dari Rothschild.

Baron Benjamin de Rothschild adalah rujukan utama Perdana Menteri Israel, kerana Baron Benjamin adalah cicit kepada Baron Edmond de Rothschild yang merupakan penyumbang utama dana dalam pembangunan awal negara haram Israel.

Cucu-cicit Baron Edmond  adalah penguasa yang bertanggungjawab menjaga Israel.

Perlu diketahui bahawa Baron Benjamin adalah pemilik kepada bank terkaya di dunia iaitu Bank Swiss.  Walaupun bergelar ''King of Banking; Baron Benjamin tak mengejar publisiti media massa,

Sebab itulah nama2 jalan Di Tel Aviv Israel dinamakan sebagai Rothschild-Boulevard.

==================================================

SIAPAKAH KUASA SEBENAR DI ISRAEL ??

Israel adalah paling kuat pengaruhnya di dunia sehingga PBB dan Amerika juga mengikut telunjuknya.

Untuk itu kita akan berfikir bahawa Perdana Menteri Israel adalah paling berkuasa tetapi tidak, yang sebenarnya Rothschild yang paling berkuasa.

Rothschild adalah bos sebenar kepada Israel dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat adalah milik Federal Reserve Bank, dan Federal Reserve Bank dimiliki oleh Rothschild.

Bukan mahu mengagungkan mereka, tetapi inilah REALITI dan SEJARAH yg masyarakat dunia perlu faham untuk FAHAM SISTEM..

Tengok logo pada wang kertas 1 Dollar Amerika pun patutnya dah bole faham siapa control Amerika.

Mana2 presiden yg cuba keluar dari SISTEM ini, mereka pasti dibunuh seperti yg terjadi pada JFKennedy dan Raja Faisal (Petrodollar)

==================================================

ROTHSCHILD MENAJA PENUBUHAN NEGARA ISRAEL

Seluruh negara Israel adalah milik keluarga Rothschild kerana komplot penubuhan negara haram Israel adalah ditaja oleh bank-bank milik Rohtschild.

Keluarga Rothschild menaja penubuhan Israel bermula dengan menampung kos perpindahan masyarakat Yahudi Russia dan Eropah ke kawasan tanah lapang Palestin.

Perpindahan yang memerlukan kos sewa bas, kapal dan pembinaan khemah-khemah sementara itu ditanggung oleh Rothschild kesemuanya dan sudah pastilah ia dibawah perancangan teliti walaupun Sultan Abdul Hamid yang ketika itu masih berkuasa sebagai khalifah Uthmaniyah tidak mengetahui bahawa tanah Palestin telah diceroboh secara senyap dan sistematik.

=================================================

PEMIMPIN NEGARA2 ISLAM PERLU BERSATU

Marilah kita berdoa agar Pemimpin2 Islam seluruh dunia SEDAR DIRI untuk berusaha bersatu kembali dengan pemimpin Islam yang lain. Hanya penyatuan itu yang mampu menjadikan kita block terkuat dunia yang tidak memerlukan lagi persahabatan dengan musuh agama.

Selagi dunia berpaksikan sistem Riba dan Demokrasi, selagi itulah keadilan tidak akan tertegak.. Selagi itulah kita turut dirantai sama. Selagi itulah negara2 Islam ditindas..

Ya, Sistem 'mereka' telah merantai kita....

Hampir kesemua pemimpin2 negara adalah boneka ILM.
Ini kerana Roth telah merantai kaki mereka melalui bunga2 riba (HUTANG BANK)

Ketika negara2 Islam diserang, pemimpin Islam 'boneka' tak mampu utk melawan kerana kaki telah terikat dgn 'hutang bank' dan perjanjian PETRODOLLAR.

PETRODOLLAR dicontrol oleh Rothschilld (Banksters) dan Rockefeller (taikun minyak)

Kita boleh nampak bagaimana mereka control kerajaan Arab Saudi.

KIta boleh nampak betapa kebalnya Israel dan Amerika di sisi undang2 dunia...

Kita boleh nampak bagaimana 'mereka' memecahbelahkan negara2 Islam, dan menjadikan pemimpin Islam sbgai anjing mereka..

Ia boleh diringkaskan dalam istilah: bank mengawal kerajaan, kerajaan mengawal masyarakat. Manakala sesiapa yg memiliki bank adalah bermaksud memiliki seluruh kerajaan dan sekarang ini bank2 didunia adalah dimiliki oleh Rothschild.

Sesiapa sahaja yg mengeluarkan wang dan pinjaman secara terus kepada polisi2 kerajaan, secara tak langsung ia memegang haluan hidup rakyat."

====================================================================================================

KESIMPULAN

Kita boleh membahagikan dunia seperti berikut:
Negara dunia mengikut telunjuk PBB, manakala PBB mengikut Amerika, Amerika ditadbir oleh Trump, manakala Trump tunduk kepada arahan Rothschild.

Kemudian Rothschild menurut arahan siapa?…..

Siapa yg dia sembah??

Yang terang hati pasti tahu jawapannya...

Dialah yg mengheret kita semua ke dalam kancah WANG KERTAS & SISTEM RIBA..

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya: "Iblis menjawab:'Beri tangguhlah kpd aku sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."
Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah Al-A'raf: ayat 14-16

p/s; JANGAN JADI PENYEMBAH

KREDIT : NUNO

#Back_to_Allah

Tuesday, 10 October 2017

DUIT PALING MAHAL

10 NEGARA DENGAN NILAI MATAWANG PALING TINGGI DI DUNIA

Bagi Malaysia, nilai matawang kita sejak beberapa tahun ini boleh dikatakan sangat membimbangkan. Pada Januari 2015, 1 USD adalah bersamaan dengan RM3.57, namun 8 bulan kemudian pada September tahun yang sama, matawang Ringgit Malaysia menjunam dengan terlalu mendadak dan pantas sekali, iaitu 1 USD = RM4.30. Ini jelas menunjukkan ekonomi kita sangat tidak stabil ketika itu.
.
Matawang adalah sesuatu yang tak akan pernah kekal nilainya. Nilainya akan sentiasa naik atau turun bergantung kepada ekonomi sesebuah negara dan juga ekonomi dunia. Jika stabil ekonomi sesebuah negara itu, maka nilai matawangnya juga akan kuat dan kukuh. .
========================
10. Dolar Amerika (USD)
1 USD = RM4.20
=========================

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dikatakan sangat gah dan pelopor kepada ekonomi dunia, namun ia bukanlah yang tertinggi dan paling bernilai di dunia apabila berada di tangga ke 10. Walaubagaimanapun nilai USD semakin menurun untuk beberapa tahun yang lepas, ia masih kuat dan stabil.
.
USD adalah matawang yang paling banyak diniagakan dan kadar pertukara USD paling popular adalah kadar USD ke EUR.
==================
9. Franc Swiss (CHF)
1 CHF = RM4.43
==================
Mungkin ada yang tak pernah mendengar nama matawang CHF atau Swiss Franc ini. Ia merupakan matawang bagi Switzerland dan Liechenstein. Ia merupakan matawang ke-9 paling bernilai di dunia ketika ini. Umum mengetahui Switzerland mempunyai antara salah satu bank paling selamat di dunia, dan sektor perbankan rahsia Switzerland membuatkan matawang CHF sebagai modal antarabangsa yang selamat.
.
Ketika Switzerland menyertai kesatuan mawatang, ia menyandarkan matawang Franc kepada Euro membuatkan mereka mempunyai dua sistem matawang, dan tidak memansuhkan penggunaan Franc.Kadar pertukaran Swiss Franc paling popular adalah kadar EUR kepada CHF.
=================
8. Euro (EUR)
1 EUR = RM5.06
================
EUR adalah matawang bagi rasmi bagi negara-negara di benua Eropah iaitu 19 daripada 28 negara Kesatuan Eropah. Antara negara-negara yang menggunakan matawang EUR adalah Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia dan Sepanyol.
 .
Lebih daripada 1.109 trilion wang Euro berada dalam edaran wang dunia sehingga Januari 2017, membuatkan nilai gabungan wang kertas dan syiling euro sebagai matawang yang paling banyak di dunia, mengalahkan USD.
===================
7. Dolar Cayman (KYD)
1 KYD = RM5.12
==================
Kepulauan Cayman adalah pulau di Wilayah Luar Negara British (British Overseas Territory) yang merangkumi 3 pulau di selatan Laut Caribbean. Matawang yang digunakan di kawasan berkeluasan 264 kilometer persegi ini adalah Dolar Cayman atau KYD.
 .
Kadar pertukaran matawang Kepulauan Cayman paling popular adalah kadar USD ke KYD. Sebagai matawang ke-7 paling bernilai di dunia, nilai 1 KYD adalah bersamaan 1.22 USD atau RM5.12
=====================
6. Pound Gibraltar (GIP)
1 GIP = RM5.52
====================
Gibraltar juga merupakan salah satu daripada Wilayah Luar Negara British, yang terletak di pantai selatan Sepanyol. Matawang yang digunakan Gibraltar adalah Gibraltar pound (GIP). Ia boleh ditukarkan dengan nilai British pound pada nilai setara iaitu 1:1. GIP dikawal oleh bank pusat dan Kerajaan Gibraltar bertanggungjawab menghasilkan dan mencetak wang syiling dan kertas.
.
Pertukaran Gibraltar Pound paling popular adalah kadar EUR kepada GIP. Nilai GIP adalah bersamaan RM5.52
====================
5. Pound Sterling (GBP)
1 GBP = RM5.52
===================
Pound sterling atau GBP adalah antara matawang paling popular di dunia selepas USD. Kebiasaannya umum hanya mengetahui GBP sebagai matawang bagi United Kingdom sahaja, namum ia juga merupakan matawang bagi Jersey, Guernsey, Isle of Man, South Georgia, Kepulauan Sandwich Selatan, Wilayah Antartik British dan Tristan da Cunha.
.
Pound sterling berada di tangga ke-5 matawang paling bernilai, dan matawang ke-4 paling banyak diniagakan di pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran paling popular bagi Pound Sterling adalah kadar EUR kepada GBP. Nilai 1 GBP kepada RM ketika ini adalah RM5.52.
==================
4. Dinar Jordan (JOD)
1 JOD = RM5.92
================
Berada di tangga ke-4 nilai matawang paling tinggi adalah JOD atau Dinar Jordan. Kadar pertukaran Dinar Jordan paling popular adalah kadar JOD kepada EUR. Terbing Barat juga menggunakan Dinar Jordan, dan ketika ini 1 JOD bersamaan RM5.92.
==================
3. Riyal Oman (OMR)
1 OMR = RM10.90
==================

Oman adalah negara yang mempunyai nilai matawang ke-3 paling tinggi di dunia, iaitu OMR atau Riyal Oman. Sebelum menggunakan OMR, Oman menggunakan matawang INR atau Rupee India, sehingga 1940. Disebabkan ini, kadar pertukaran Riyal Oman adalah kadar dari INR kepada OMR.
.
Walaupun pasaran minyak mentah menjadi merosot akibat bekalan berlebihan oleh Oman, namun Riyal Oman masih tetap kukuh. Ketika ini, 1 OMR bersamaan USD2.60 atau RM10.90.
====================
2. Dinar Bahrain (BHD)
1 BHD = RM11.12
==================
BHD atau Dinar Bahrain adalah matawang bagi negara Bahrain. Lokasi strategik Kerajaan Bahrain memberikan peluang kepada hubungan asing yang menguatkan lagi matawang Bahrain. Pekerja asing paling banyak di Bahrain adalah orang India yang membuatkan kadar pertukaran Dinar Bahrain paling popular adalah kadar INR (Rupee India) kepada BHD.
.
Selain itu, negara ini menarik minat ramai pekerja asing dari serata dunia kerana nilai matawang yang sangat tinggi. Ketika ini 1BHD bersamaan RM11.12
====================
1. Dinar Kuwait (KWD)
1 KWD = RM13.94
====================
Dan senarai nilai matawang paling tinggi di dunia, diungguli oleh KWD, atau Dinar Kuwait yang merupakan matawang bagi Kuwait. Matawang negara yang kaya dengan minyak ini begitu kuat dan kukuh adalah disebabkan ekonominya yang sangat stabil.
 .
Kuwait menggunakan Dinar Iraq buat sementara waktu ketika Perang Gulf, dan kemudiannya menyandarkan Dinar Kuwait kepada USD.
.
Pada tahun 2007, Dinar Kuwait bebas daripada mana-mana pengaruh matawang dan bermula tahun 2013, KWD adalah matawang yang mempunyai nilai paling tinggi di dunia.

1 KWD bersamaan USD3.32 atau RM13.94

KREDIT FB : Seluar taktikal
STYLORENG

Saturday, 3 June 2017

Tuesday, 2 May 2017

Orang tua tengah menyanyi lagu 60an,tetiba dirasuk

Orang tua tengah menyanyi 60an,tetiba dirasuk..,apa yg telah merasuk beliau?anda lihat sendiri

Saturday, 22 April 2017

Bakar tunang sendiri




Johor Bahru: Wanita 21 tahun maut selepas melecur hampir 95 peratus dipercayai dibakar lelaki yang sekurang-kurangnya tiga tahun menetap bersamanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada 11.03 pagi, Sabtu.

Beliau berkata, lelaki yang disyaki membakar mangsa bukanlah suami wanita itu sebaliknya hanya tunang yang tinggal bersamanya tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Katanya, lelaki berusia 28 tahun itu sudah ditahan di HSA ketika mendapatkan rawatan, semalam.

“Suspek lelaki ini dipercayai penagih dadah kerana ujian saringan awal air kencingya positif bahan itu. Dia dan mangsa kedua-duanya tidak bekerja.

“Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca akibat pertengkaran antara mereka.

“Lelaki itu mendakwa menyesal kerana mempunyai hubungan tiga tahun dengan mangsa sehingga melahirkan anak tidak sah taraf yang kini berusia 18 bulan,” katanya.

Sulaiman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

kredit : metro