Sunday 24 April 2016

SAYA TAK ADA DUIT NAK BELI AC MILAN-TMJ



Baru-baru ini saya telah ditemuramah oleh The Straits Times, media dari Singapura mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum. Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab luar negara. Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya. Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. Ia cuma sebuah kelab yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja. Jadi, untuk menjawab sebarang spekulasi, jawapannya adalah tidak. Saya tidak akan membeli AC Milan. Saya tidak mempunyai duit untuk membeli AC Milan. Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. Saya hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja. Kelab JDT saya pun tidak dapat mengalahkan Kedah dan pasukan Malaysia yang lain. Apatah lagi membeli AC Milan dan terpaksa bertembung dengan Juventus dan kelab-kelab gergasi Itali yang lain. Takut saya. Kelab saya hanya JDT. Sebuah kelab kecil dengan cita-cita yang besar.


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor

KREDIT:JST FB

No comments:

Post a Comment