Wednesday 6 April 2016

Sihir Sumpahan untuk orang mati ?





Ahli arkeologi Athens menemui tulisan Greek atas 5 kepingan plumbum seperti saiz tablet dalam kubur dipercayai milik seorang gadis berusia 2,400 tahun yang mayatnya dikebumikan selepas dibakar. Tulisan dan tanda-tanda ukiran itu dikatakan 'cursed' atau sumpahan sihir kepada mayat dalam kubur kononnya, roh akan sentiasa dikutuk, disumpah dan tidak akan pergi ke syurga kerana sumpahan dendam seseorang yang menanam nya dalam kubur.
Empat daripada kepingan plumbum itu telah diukir dengan mantra dan sumpahan yang menyebut nama-nama "chthonic" (neraka) kepingan yang kelima pula hanya kosong tidak berukir.
Kesemua lima keping ukiran itu dilipat dan dicucuk dengan paku besi, dan ditanam dalam kubur. Yang dikatakan 'jalan' terus keneraka menurut kepercayaan greek kuno.
Namun dikatakan kepingan plumbum itu bukan ditujukan kepada gadis itu. Menurut bahasa yang diperterjemah kan, ianya ditujukan kepada sepasang suami isteri yang bernama Demetrios dan Phanagora. Bunyi mantranya lebih kurang macam ni lah:
"Saya akan 'mengikat' musuh saya, Demetrios dan Phanagora, dengan darah serta abu, ikat mereka dengan kuatnya dan memukul mereka dikemudian hari dengan 'kynotos' bermaksud dengan 'telingan anjing yang panjang'"
Menurut seorang pengajar Jessica Lamont di University John Hopkins di Baltimore yang baru menamatkan ijazah kedoktoran dalam bidang sastera klasik, menulis dalam artikel yang diterbitkan baru-baru ini iaitu jurnal Zeitschrift für Papyrologie Epigraphik berbunyi "mengetuk paku itu umpama berbuat sesuatu upacara ritual dan pemujaan" Lamont menulis.

Dikatakan sejarah kehidupan Demetrios ini, dia dan isterinya membuka restoran namun disebalik nya itu melibatkan aktiviti lain seperti perjudian dan pelacuran. Mungkin itu yang menyebabkan ada yang tidak berpuas hati dengan mereka berdua dan berdendam hingga dah mati pun masih lagi berdendam??..

kredit:Misteri Alam de Paranormal

No comments:

Post a Comment