Sunday, 20 March 2016

TURKI BERDARAH !!!

gambar sekada hiasan

Ramai juga yang tertanya siapakah dalang kepada letupan berani mati yang seringkali dilakukan di Turki. Nama-nama organisasi seperti PKK, YPG, PYD dan ISIS sering dikaitan sebagai dalang kepada operasi jahat ini. Ramai yang mengatakan Turki akan menjadi tidak aman sepertimana Negara-negara lain yang berhampiran dengannya seperti Syria, Iraq dan Mesir.
Namun ini kami katakana bahawa situasi di Turki adalah berbeza dengan Negara-negara arab yang lain. Apa yang terjadi di Turki bukanlah kerana Revolusi atau ketidakpuasan hati rakyat Turki namun apa yang terjadi sekarang di Turki adalah kerana perasaan hasad dengki dan juga campur tangan kuasa luar yang tidak mahu Turki terus berada dalam keadaan aman dan bergerak lebih maju kehadapan.
Namun sebelum kita berbicara lebih mengenai situasi semasa, kita perlu melihat kepada sejarah dan asal usul punca mengapa perkara ini terjadi dan bagaimanakah permusuhan dan perselisihan antara golongan berhaluan kiri ini bermula di Turki. Situasi yang berlaku pada hari ini bertitik tolak apabila Penubuhan Republik Turki pada tahun 1922 yang secara langsung menamatkan sistem pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah ini telah menafikan sebarang hak bangsa lain selain Turki.
Semasa era Khilafah Uthmaniyyah, bumi Uthmaniyyah ini tidak hanya didiami oleh orang berbangsa Turki, namun ia adalah sebuah “Devlet-i Aliyye Uthmaniyah” yang mempunyai rakyat yang berbagai bangsa, bahasa dan agama. Ia adalah sebuah kedaulatan yang menghormati dan meraikan perbezaan bangsa, bahasa dan agama seperti mana yang telah diajarkan oleh junjungan besar kita Rasullullah s.a.w dan juga dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Hujarat : 13 :
(Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal)
Hal ini sudah diamalkan oleh Daulah Uthmaniyyah sejak ratusan tahun, hatta sejak Daulah ini ditubuhkan pada tahun 1299 lagi.
Namun apabila perjanjian “Sykes-Picot” pada tahun 1916 dilaksanakan semasa perang dunia pertama, kedaulatan yang mempunyai berbeza bangsa, ras kulit, bahasa dan agama ini mula dipecah-pecahkan mengikut kaum dan mulanya tertubuh Negara-negara bangsa yang membangkitkan ideologi nasionalism yang sempit. Umat manusia yang hidup bersama-sama dalam kepelbagaian dan keunikan ini mula dipecah-pecahkan mengikut bangsa dan bahasa mereka. Ruh surah Al-Hujarat ini mula dinafikan dan dilupakan, Umat islam tidak lagi bersatu atas pegangan aqidah, namun bersatu atas pegangan bangsa dan bahasa.
Namun tidak semua bangsa bernasib baik, bangsa seperti Kurdi, Ahiska, Rohingya, Moro, Pattani dan banyak lagi bangsa lain dinafikan hak tanah mereka. Bangsa-bangsa ini hilang tempat tinggal, hilang hak mereka untuk berbicara dalam bahasa mereka dan menjalani kehidupan harian mereka dalam budaya dan cara hidup mereka sendiri. Mereka seringkali berada dalam tekanan dan hidup dalam pelarian di tanah mereka sendiri. Bangsa-bangsa yang tidak bernasib baik ini, selepas hidup dalam tekanan pada satu tempoh masa mula meminta dan berjuang untuk mendapatkan wilayah autonomi mereka sendiri sepertimana bangsa lain yang sudah sekian lama menikmati kebebasan ini.
Bangsa-bangsa yang dinafikan hak mereka ini selalunya mendiami kawasan yang jauh dari pembangunan dan juga pendidikan, akses kepada maklumat dan berita semasa, menjadikan mereka terbuka kepada eksploitasi golongan berkepentingan. Sentimen perkauman dan dendam lama sering dimainkan. Modus operandi seperti ini sudah sekian lama digunakan di tempat-tempat lain yang mengalami situasi yang sama.
Di Turki, masyarakat Kurdi yang ditindas sekian lama sejak zaman penubuhan republik dieksploitasi kuasa antarabangsa seperti Israel, Amerika dan Rusia. Ini jelas apabila Amerika masih degil untuk menyenaraikan PKK (Partiya Karkerên Kurdistanê/Parti Buruh Kurdistan) atau proksi mereka di Syria YPG (Yekîneyên Parastina Gel/People Protection Party), PYD (Partiya Yekîtiya Demokrat/Democrate Union Party) sebagai kumpulan pengganas, sungguhpun mereka secara terang-terang mengaku bahawa mereka bertanggungjawab ke atas serangan-serangan letupan berani mati di Ankara dan Istanbul. Kedegilan ini bertolak titik dari pendirian Amerika yang mahu menjadikan YPG/PYD/PKK sebagai proksi mereka dalam mengekalkan kuasa mereka dan mengekang pengaruh ISIS di rantau ini. Campur tangan Amerika ini jelas dilihat daripada isu Laut Hitam yang masih belum selesai. Sehingga saat ini, senjata-senjata api masih dibekalkan oleh Amerika kepada puak pengganas ini , atas alasan agar “ melemahkan dan mengalahkan ISIS” seperti di katakan President Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Apa yang dialami oleh kepimpinan dan rakyat Turki pada saat ini adalah serangan keatas kedaulatannya, bukannya seperti revolusi yang berlaku di Syria, Iraq, Libya ataupun Mesir. Apa yang Turki perlukan pada saat ini adalah sokongan dari masyarakat dunia dan persepakatan dari masyarkat dunia dalam mengecam tindakan ini. Turki pada saat ini dicemburui pelbagai pihak luar seperti Amerika, Iran, Israel, Russia atas kejayaannya dalam pembangunan dan juga kemajuan yang dicapai Turki akhir-akhir ini.

kredit: Said Imaddudeen

No comments:

Post a comment