Tuesday 15 March 2016

Gerhana Bulan Penumbra 23 march ini

Apa yang dimaksudkan dengan Gerhana Bulan Penumbra?
Umumnya, bayang-bayang Bumi di angkasa lepas akan mempunyai 2 bahagian. Satu bahagian yang gelap, yang dipanggil umbra. Sementara yang lagi satu dikenali sebagai penumbra.




Apabila orbit Bulan bergerak masuk tepat ke dalam umbra, dan keseluruhan jasad Bulan memasuki umbra, ia akan dikenali sebagai Gerhana Bulan Penuh.Apabila orbit Bulan bergerak sedikit senget dari kawasan umbra, dan hanya sebahagian sahaja jasad Bulan memasuki umbra, ia akan dikenali sebagai Gerhana Bulan Separa.Apabila orbit Bulan memasuki hanya di kawasan penumbra, dan keseluruhan atau sebahagian daripada jasad Bulan memasuki kawasan tersebut, ia akan dikenali sebagai Gerhana Bulan Penumbra.





Foto di atas (oleh Fred Espanak) merupakan contoh fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang berlaku pada tahun 2002. Ketika itu skala penumbral magnitud adalah 0.8862, maknanya ‘agak gelap,Untuk 23 Mac nanti, penumbral magnitud ialah 0.7747, maknanya tidaklah ‘segelap’ seperti di atas.

Pada jam berapakah fenomena ini boleh dilihat?

Di Malaysia, secara keseluruhannya kita tidak dapat lihat saat dan ketika Bulan mula-mula masuk ke dalam kawasan bayang-bayang penumbra.Hanya apabila Bulan berada pada ‘puncak gerhana’ iaitu titik ia berada paling ‘ke dalam’ dalam kawasan tersebut, barulah ia mula terbit di ufuk Timur.
Maknanya, untuk sepanjang tempoh gerhana 4 jam 15 minit, kita hanya berpeluang melihat separuh sahaja, iaitu bermula pada waktu kemuncak gerhana sehingga tamat.Jadual di bawah (dikira oleh timeanddate.com) menunjukkan waktu fasa-fasa utama Gerhana Bulan Penumbra.  Waktunya adalah SAMA untuk seluruh Malaysia (dan dunia).Yang membezakan antara satu bandar ke bandar yang lain ialah waktu Bulan terbit.

Gerhana Penumbra bermula           23 Mar, 5:39:31 PM        
Kemuncak gerhana                         23 Mar, 7:47:14 PM        
Gerhana Penumbra tamat               23 Mar, 9:54:53 PM        


Untuk dapatkan waktu Bulan terbit di lokasi masing-masing, boleh gunakan perisian simulasi langit yang banyak di internet atau di mobile. Anda juga boleh dapatkan menerusi link ini. Pastikan anda tukar nama bandar yang betul.Rajah-rajah di bawah menunjukkan pergerakan Bulan melalui 2 bulatan yang menandakan sempadan bayang-bayang Bumi. Bulatan yang kecil ialah kawasan bayang-bayang umbra, manakala bulatan yang besar ialah kawasan bayang-bayang penumbra.





Adakah kita boleh lihat sebarang perubahan pada Bulan?

Soalan ini agak tricky sikit. Disebabkan Bulan memasuki kawasan bayang-bayang penumbra, secara umumnya mata kita tidak mampu melihat sebarang perubahan kecerahan bulan.Sempadan bayang-bayang penumbra dengan kawasan di luar bayang-bayang bumi amat sukar untuk dibezakan.Foto dibawah menunjukkan sempadan kawasan bayang-bayang penumbra dan umbra, yang mana kita boleh lihat dengan jelasnya kawasan terang(penumbra) dan gelap (umbra). Malangnya untuk kali ini Bulan hanya lalu di kawasan penumbra yang tidak gelap.



Saat apabila Bulan mula bergerak masuk dari sempadan bayang-bayang penumbra (cerah) ke kawasan bayang-bayang umbra (gelap). Foto gerhana bulan penuh pada 10 Dis 2011 oleh Shahrin Ahmad


Nota penting. Jika anda perasan, selalunya setiap kali SELEPAS fenomena Gerhana Matahari, kita akan mengalami Gerhana Bulan. Ini adalah disebabkan kedudukan orbit Bulan pada waktu-waktu tersebut adalah tepat-tepat selari bersama Bumi dan Matahari.Selepas itu, sudut orbit Bulan akan kembali menjauhi dari titik ia bersilang dengan matahari, dan gerhana pun tak berlaku.Begitulah ia berulang-ulang.

Gerhana berkembar!

Saya berpendapat gerhana bulan penumbra merupakan satu fenomena yang sukar dilihat dengan jelas perubahan kecerahan bulan. Malah, ia kurang menarik untuk dicerap dan tidaklah se-dramatik seperti gerhana bulan separa atau gerhana bulan penuh.Namun, ada satu lagi fenomena menarik yang boleh kita cuba cerap menjelang tamatnya gerhana penumbra kali ini.Jika anda perhatikan rajah-rajah sebelum ini, di bahagian bawah Bulan, ada kelihatan sebutir bintang yang bernama Zaniah. Ia merupakan bintang berkecerahan sederhana sahaja. Tetapi yang menariknya ialah pada sekitar jam 9.30 malam, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan bintang Zaniah ini!

sumber: falak

No comments:

Post a Comment