Baru-baru ini saya telah ditemuramah oleh The Straits Times,
media dari Singapura mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain
dalam hidup secara umum. Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk
membeli sebuah kelab luar negara. Sememangnya saya memang ada keinginan
tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah
salah satu impian saya. Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. Ia cuma
sebuah kelab yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja. Jadi, untuk
menjawab sebarang spekulasi, jawapannya adalah tidak. Saya tidak akan membeli
AC Milan. Saya tidak mempunyai duit untuk membeli AC Milan. Saya tidak kaya
seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. Saya hanya seorang pemuda dengan
impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja. Kelab JDT saya pun tidak dapat
mengalahkan Kedah dan pasukan Malaysia yang lain. Apatah lagi membeli AC Milan
dan terpaksa bertembung dengan Juventus dan kelab-kelab gergasi Itali yang
lain. Takut saya. Kelab saya hanya JDT. Sebuah kelab kecil dengan cita-cita
yang besar.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,
Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor
KREDIT:JST FB
No comments:
Post a Comment