Seperti kita sedia maklum, Askar Timbalan Setia Negeri Johor
merupakan institusi pertahanan pertama dan tertua di negara kita. Pasukan ini
telah diilham dan ditubuhkan jauh lebih awal, berbanding pasukan Rejimen Askar
Melayu Diraja yang hanya ditubuhkan pada tahun 1933. Lebih membanggakan, Negeri
Johor adalah satu-satunya negeri di negara kita yang sehingga kini mempunyai
pasukan tenteranya sendiri dan lebih 100 tahun kewujudannya di sebalik peranan
utamanya mempertahankan kedaulatan institusi Diraja Johor, Askar Timbalan Setia
juga sudah menjadi satu simbol dan identiti unik negeri ini. Ia sinonim dengan
Institusi Istana Johor.
Dan jika kita ingin melihat perbandingan yang hampir setara,
terdapat banyak contoh yang hampir serupa di peringkat antarabangsa. Misalnya,
regimen askar yang ditubuhkan ketika Pemerintahan King Charles II bagi
mempertahankan institusi Istana Inggeris yang dikenali sebagai The Queen’s
Guard dan The Queen’s Life Guard. Pasukan tersebut bukan sahaja menjadi simbol
penting institusi diraja, malah menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia
yang akan berhimpun menyaksikan mereka bertugas di Istana Buckhingham, Tower of
London serta Windsor Castle di United Kingdom
Kesemua pasukan askar ini adalah satu simbol besar kepada
tamadun mereka. Simbol yang menunjukkan kedaulatan, kekuatan serta sejarah yang
luar biasa nilainya.Maka, adalah mustahak bagi Negeri Johor untuk memastikan
simbol ini terus diperkukuhkan. Ia adalah bahagian penting dalam perjalanan
sejarah Johor dan bangsanya. Bukan sahaja daripada segi imejnya, namun kekuatan
kemudahan dan kesiapsiagaannya. Ia harus dipelihara, diperkasa dan
dipertahankan. Dan kerana demikian sebabnya jua lah, pasukan Askar Timbalan
Setia Negeri mesti diperkukuhkan wibawanya.
kredit:Persatuan bangsa johor
No comments:
Post a Comment