Monday, 4 April 2016

DIA adalah sebenarnya pewaris sultan melaka?

Nama Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mendapat perhatian ramai apabila beliau tampil membuat kenyataan bahawa dirinya adalah Pewaris Kesultanan Melayu Melaka dan sekaligus mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka dan mahu mengambil balik takhtanya yang telah dinafikan haknya selama ini.
Bagi menguatkan lagi dakwaan itu, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah menampilkan dokumen dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang jelas mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.
Dalam sidang media di ‘Balai Seri Melaka’ di Gombak Selangor, individu yang mahu digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah (gambar) mendakwa, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut.
“Untuk pengetahuan semua ICJ adalah badan kehakiman telus dalam membuat keputusan dan surat pengiktirafan ini dikeluarkan berdasarkan kajian menyeluruh selama sembilan tahun sehingga keputusan dikeluarkan pada 25 November lalu.
“Jika ada pihak yang mengatakan Beta mendapat surat tersebut dengan membayar kepada ICJ, sila buktikan kerana beta bukan ahli politik yang mengeluarkan dan menabur wang untuk memancing undi tetapi beta hanya menuntut hak warisan beta,” katanya.
Beliau memberikan sidang akhbar dengan memakai baju kuning lengkap sebagai seorang raja memberitahu, surat mengenai pengiktirafan tersebut telah dihantar kepada Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu.
Ekoran pengiktirafan itu, beliau mendakwa bakal menerima dana berjumlah bertrilion ringgit dari satu tabung yang diuruskan oleh ICJ dan duit tersebut akan digunakan untuk membangunkan Melaka.
Ketika ditanya mengenai siapa yang menandatangani surat pengiktirafan tersebut, Raja Nor Jan berkata, beliau tidak mahu tahu siapa yang berbuat demikian, sebaliknya meminta pihak media menghubungi ICJ sendiri bagi mendapatkan kepastian.
“Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan ICJ itu boleh kemukakan bantahan kepada pihak di sana. Apa yang penting, sekarang beta ingin menjelaskan bahawa semua pihak perlu menerima pengiktirafan ICJ ini dan beta ingin menuntut hak sebagai Sultan Melaka yang sah,” ujarnya.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf surat itu dan ingin mengambil tindakan perkara itu dialu-alukan.
“Tetapi kerajaan juga perlu menjelaskan kenapa tuntutan itu tidak betul kerana surat ICJ itu berdasarkan akta dan fakta,” jelasnya.

Pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang di dalam negara ini kerana berpegang teguh dengan keputusan ICJ yang merupakan mahkamah dunia.

kredit : illustrasiaku.com

No comments:

Post a Comment