Sunday, 17 April 2016

Saat nyawa ditarik...dia sahaja yang lihat malaikat yang datang

Cerita ini adalah kisah benar dari seorang rakan…sesunguhnya kematian itu bila bila masa sahaja akan terjadi pada diri kita ..,adakah kita bersedia?hayati cerita ini….. kejadian pada 12/4/2016..al-fatihah buat arwah.


Salam saudaraku. Sy nak kongsi cerita. Malam tadi kawan sekolah sama mrsm jelebu sy meninggal dunia pada usia 42 thn. Td sy melawat jenazah dan isteri bercerita kpd kami. Arwah baru mendapat kereta bmw baru dibeli smlm. Mlm selepas maghrib ajak isteri try kereta. Dlm perjalanan dan memandu arwah tiba2 mcm org blackout. Isteri sempat menarik steering. Arwah sedar kembali selepas beberpa saat. Kemudian arwah berhentikan kereta ketepi jalan. "U nampak tak cahaya putih? Datang ke kapala i. U tengok ni...i berpeluh sejuk. Kepala i basah. Mcm ada sesuatu nak tarik tengkuk i.".wife rasa kepala arwah basah dan sejuk. Tapi tak nampak cahaya putih tu. " tak pe, balik ni kita baca yasin sama2" kata wife. Tiba2 arwah cakap " ehh cahaya tu datang lagi. Nampak tak?" Dan arwah terus terlentuk. Dan meninggal didlm kereta. Apa yg sy nak kongsi, kami kwn2 berpendapat, arwah pergi memang ajalnya sampai waktu itu. Cahaya putih itu mungkin malaikat maut datang kepadanya. Hanya dia yg nampak. Dan mmg sebenarnya MATI itu pasti dan tak perlu tunggu tua atau sakit. Bila2 dan dimana sahaja. Maka kami belajar 1 perkara. Sentiasa berbuat baik, dan tinggalkan dosa. Sebab mati itu pasti dan kita tak tau bila "cahaya putih" itu akan datang kepada kita. Alfatihah mohd hanif din.

No comments:

Post a Comment