Thursday, 28 April 2016

WAHABI BUKAN AJARAN SESAT



Pagi ini dua kali saya bangun untuk menjawab soalan-soalan Ahli-ahli Dewan Negara di Parlimen. Salah satu soalan yang dibangkitkan ialah status fahaman Wahabi yang didakwa sebagai ajaran sesat. Sudah berkali2 soalan ini dibangkitkan di Parlimen bahkan seringkali menjadi polemik di kalangan masyarakat.

Berhubung dengan fahaman wahabi, Muzakarah Jkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan perkara ini beberapa kali, iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan dalam Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM pd kali ke-14 (2000), kali ke-20 (2002) dan kali ke-23 (2003) dengan memutuskan bahawa Kumpulan Wahabi adalah sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Walaubagaimanapun pendekatan yang penuh bijaksana perlu diatasi dan ditangani adalah kontroversi yang bersangkut dengan masalah khilafiyyah atau perkara2 yang masih diperbahaskan ulamak sejak dulu yang cuba dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

Dalam hubungan ini, kerajaan amat prihatin dan sentiasa mengambil berat isu-isu furu'iyah, masalah-masalah cabang yang sering dikaitkan dengan pendokong fahaman pegangan seperti ini supaya ia tidak menjejaskan perpaduan masyarakat Islam di negara ini.


Yang penting janganlah kita terlalu taksub dan fanatik dengan satu2 pandangan dan pendapat hingga menjerumus kita menbid'ahkan, menyesatkan hatta mengkafirkan sesama Islam hanya kerana berbeza pandangan dalam masalah2 cabang dalam agama. Sudah tiba masanya umat melakukan anjakan paradigma dan pendewasaan budaya fikir dengan sentiasa berpegang kepada nilai tasaamuh dan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju.

YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki
FB JAKIM

Monday, 25 April 2016

NENEK disembelih oleh perompak!! masyallah

DUNGUN - Tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki diberikan pekerjaan dan dilayan dengan baik sanggup mengelar leher majikannya yang juga seorang warga emas dalam satu kejadian, di Alor Tembesu, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa yang berusia 86 tahun parah apabila dikelar oleh seorang lelaki dikenali dipercayai cuba melakukan perbuatan jenayah ke atas mangsa.

Salah seorang anak mangsa yang enggan dikenali berkata, dia amat terkilan dan sedih dengan kejadian menimpa ibunya, malah lelaki itu adalah salah seorang pekerja paling rapat dengan ibunya.

Menurutnya, paling menyedihkan apabila ibunya yang sudah uzur terpaksa merangkak keluar rumah untuk meminta bantuan jiran selepas insiden malang itu.

"Lelaki itu adalah pekerja yang sedang membuat kerja penambahbaikan rumah ibu saya dan memang paling rapat dengannya.

"Ibu saya melayannya dengan sangat baik dan kami memang mengambil pekerja tempatan memandangkan ingin membantu orang kita serta tidak mahu menggaji warga asing.

"Tetapi kebaikan yang diberikan dikhianati, malah ibu saya pula dianiaya sebegitu rupa. Bukan sahaja lehernya dikelar tetapi ditumbuk sehingga lebam di mata dan muka serta terdapat keretakan di bahunya.

"Selepas dikelar ibu saya menggagahkan diri merangkak keluar ke rumah jiran untuk meminta bantuan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek kes berkenaan sudah ditangkap.

"Berdasarkan laporan polis yang dibuat anak mangsa, suspek yang juga berasal dari Dungun telah ditangkap iaitu beberapa jam selepas insiden itu.

"Hasil pemeriksaan air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan ditahan di bawah seksyen 3(1) Akata Penagihah Dadah 1983.

"Kes ini juga disiasat di bawah seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.


"Bagaimanapun kita masih menunggu masa sesuai untuk menyoal siasat mangsa bagi mendapatkan keterangan sebenar tentang kejadian yang berlaku," katanya.

sumber:sinar harian

Sunday, 24 April 2016

MELATAH BOLEH BERJANGKIT ? bahaya ni..jangan usik usik

sekadar gambar hiasan
LATAH menerusi Rujukan Persuratan Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud; suatu keadaan di mana tingkah laku yang tidak normal disebabkan seseorang terkejut.

Apabila terkejut, orang terjejas biasanya terlibat dalam tingkah laku seperti menjerit, memaki, pergerakan jenis tarian, dan ketawa tidak terkawal.

Latah tidak mengenal usia. Ada dewasa, ada kanak-kanak, ada remaja dan ada orang tua. Ada melatah kasar dan ada melucukan. Paling tidak upaya apabila mereka mengeluarkan kata-kata kesat atau lucah.

Kajian menunjukkan perilaku ini hanya terjadi dalam kalangan orang Asia Tenggara dan ini membuktikan bahawa ia tergolong penyakit yang dipengaruhi budaya. Yakni semacam gangguan fungsi saraf pusat, psikologi dan sosio. Kondisi ini bersifat hipersensitif terhadap kejutan mendadak diikuti ucapan kata dan perilaku secara automatik atau spontan.

Walaupun ia tidak berbahaya, ia boleh menyebabkan kemudaratan terhadap si pelatah dan orang di sekeliling mereka kerana pergerakan rawak dan perbuatan tanpa sedar mereka. Malah, memberikan kesan psikologi terhadap si pelatah itu sendiri sekiranya berasa tertekan akibat dijadikan bahan mainan dan gelak tawa umum.

BERJANGKIT?

Masyarakat kita terutamanya kaum Melayu sememangnya sinonim dengan melatah lebih-lebih lagi golongan berumur. Jika diperhatikan mereka yang melatah seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa pada keadaan sekeliling sehingga cenderung melakukan sesuatu yang boleh menyakiti diri sendiri atau orang lain.

Disebabkan latah hanya ditemukan pada rumpun Melayu, maka ia bersifat sistematik pada loghat bahasa. Kalau ada bunyi kuat atau perkara yang membuatkan seseorang terkejut, pasti mereka membalas dengan aksi-aksi spontan yang adakala menggelikan hati.

Bahkan tidak kurang pula yang suka mengusik orang melatah untuk menyegarkan suasana dengan refleks lucu di pelatah. Lihat sahaja pada majlis-majlis perkahwinan. Pasti ada idea si pengusik untuk membuatkan pelatah beraksi.

Namun awas, jika sering bergaul dengan orang latah atau orang yang suka mengganggu pelatah, tidak mustahil penyakit itu menular kepada diri anda juga! Tinjauan WOW terhadap beberapa individu dalam halaman perkongsian bersetuju bahawa latah boleh berjangkit.

Mereka sendiri ada yang melatah akibat terlalu terikut-ikut dengan kawan-kawan sekeliling yang juga melatah. Latah sememangnya boleh menular dalam kalangan sekelompok manusia yang terdedah kepada mereka yang melatah dan cenderung meniru tingkah laku yang sama. 

Maka tidak hairan jika dahulu orang yang kita kenali tidak melatah lama kelamaan terikut-ikut menjadi si pelatah kerana sering bergaul dengan orang latah atau sering diusik oleh orang lain. Ia seolah-olah mengasah ‘bakat’ melatah yang dimiliki.

SEBAB MELATAH

Perbandingan antara kebanyakan video latah yang penulis tonton di YouTube memperlihatkan satu persamaan iaitu mereka ini mudah dipengaruhi oleh lagak atau arahan orang lain yang mengusik mereka. Dalam beberapa saat kemudian mereka mula tersedar perbuatan mereka sehingga kepenatan dibuatnya. Ada juga yang berterusan melatah sehingga berbelas-belas minit sehingga tamat durasi video.

Ada yang membuatkan penulis gelak sampai mengalir air mata dan ada juga yang mengundang simpati di hati ini. Masakan tidak, bagi warga tua, mereka kelihatan lemah dan seperti tidak mahu berhenti.

APAKAH PENYEBAB SESEORANG ITU MENJADI PELATAH?


Pakar mempercayai latah tiada kaitan dengan penyakit tetapi tingkah laku yang berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosio manusia. Ia boleh jadi bersifat keturunan dan boleh jadi kerana ikut-ikutan.

KREDIT:SINAR HARIAN

SAYA TAK ADA DUIT NAK BELI AC MILAN-TMJ



Baru-baru ini saya telah ditemuramah oleh The Straits Times, media dari Singapura mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum. Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab luar negara. Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya. Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. Ia cuma sebuah kelab yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja. Jadi, untuk menjawab sebarang spekulasi, jawapannya adalah tidak. Saya tidak akan membeli AC Milan. Saya tidak mempunyai duit untuk membeli AC Milan. Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. Saya hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja. Kelab JDT saya pun tidak dapat mengalahkan Kedah dan pasukan Malaysia yang lain. Apatah lagi membeli AC Milan dan terpaksa bertembung dengan Juventus dan kelab-kelab gergasi Itali yang lain. Takut saya. Kelab saya hanya JDT. Sebuah kelab kecil dengan cita-cita yang besar.


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor

KREDIT:JST FB

Thursday, 21 April 2016

'' AWAK BOLEH BUAT TREATMENT DIMANA-MANA DALAM NEGARA, DUNIA DAN KELAB JDT AKAN TANGGUNG SEGALA-GALANYA ''

'' AWAK BOLEH BUAT TREATMENT DIMANA-MANA DALAM NEGARA, DUNIA DAN KELAB JDT AKAN TANGGUNG SEGALA-GALANYA ''
DYAM TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA JOHOR

Itulah kata kata dari seorang anak raja yang sememangnya berjiwa rakyat,kisah ini bermula apabila hasrat seora ng adik yang bernama ACAN.., Acan yang berumur 14 tahun tinggal di Taman Bahagia , Bukit Pasir , Muar menghidap penyakit jantung berlubang kronik dimana beliau terpaksa bergantung hidup kepada tong oksigen . Acan sukar untuk ke mana2 kerana keadaan tong oksigen itu yang besar dan berat.
Acan menceritakan betapa beliau amat meminati JDT dan TMJ. Acan menghabiskan masa beliau di dalam bilik dengan menonton video2 perlawanan bolasepak membabitkan JDT. Acan memberitahu betapa beliau menyanjungi TMJ kerana TMJ mencetuskan semangat untuk beliau terus kuat untuk melawan penyakit yang dihidapinya. Acan memaklumkan beliau teringin untuk bertemu dan bersalam dengan TMJ walaupun seketika. TMJ yang perihatin. Turun melawat Acan di Bukit Pasir sambil menyampaikan sumbangan.
Acan@Muhammad Fikri Hakim Bin Sikin penghidap sakit jantung berlubang kronik ingin bertemu dan bersalam dengan TMJ. Hari ini apa yg diangankn oleh acan betul2 menjadi kenyataan di mana TMJ turun sendiri kerumah acan.PBJ

.

Wednesday, 20 April 2016

Bermuhasabah diri dalam hadapi tanpa jodoh

sekadar gambar hiasan

Mengapa kita sukar mendapat jodoh…..Kadang-kadang kita tak sedar apa kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan kepada orang lain…kita pernah kecewakan hati orang lain yg sememangnya.. tidak maafkan kita sehingga kini…apa yang harus kita lakukan adalah kita bermuhasabah diri …dengan kesilapan dan renungkan segala perbuatan masa silam kita……. dengan hati bersedia.. untuk untuk lakukan sesuatu kebaikan dari kesilapan yang kita pernah lakukan dalam hidup kita… saban hari berlalu…meniti waktu yang terus dibawa arus yang deras …tapi sehingga kini masih tiada lagi….tiada lagi permata yang diinginkan seperti dahulu…allahh ya allah hanya kau sahaja lah yang memahami saat aku gelisah..saat aku keseorangan…saat aku memerlukan teman hidup yang aku rasakan sepatutnya bersama aku…tapi  takdir dan menentukan bukan ia milik aku…aku redha dengan ketentuan mu ya allah…………………….


p/s: " Apakah dosaku ..dan apa salahku...sering gagal dalam bercinta.................cinta menyala padam tiba tiba........................................

Tuesday, 19 April 2016

kerana dia seorang ayah.......

alfatihah buat arwah ayahku yang pergi pada tahun 2014....,sayang lah ayah masa dia hidup...,aku banyak yang aku tak dapat tunaikan janji aku pada arwah ayah...janji yaang aku sepatutnya aku tunaikan...allahuakbar.
gambar hiasan


AYAH...

Ayah memang tidak mengandungmu, tapi dalam darahmu, mengalir darahnya...

Ayah memang tidak melahirkanmu, tapi suaranyalah yang pertama kau dengar ketika lahir untuk menenangkan jiwamu....

Ayah memang tidak menyusuimu, tapi dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu...

Ayah memang tidak menyanyikanmu, agar kau tertidur, tapi dialah yang menjamin kau tetap nyaman dalam lelapmu...

Ayah memang tidak mendekapmu seerat ibumu, itu karena dia khawatir karena cintanya ia tidak bisa melepaskanmu.. ketika kau sudah bisa membangun sendiri hidupmu...

Ayahmu tidak pernah kau lihat menangis, bukan karena hatinya keras, tapi agar kau tetap percaya, dia kuat untuk kau bisa bergantung dilengannya...

Sayangi dan hormati ayahmu.. memang syurga ada ditelapak kaki ibumu, tapi tidak ada syurga untukmu tanpa keredhaannya...



Memang kau diminta mendahulukan ibumu, tapi ayahmu adalah jiwa raga ibumu...

Monday, 18 April 2016

Bila bini tua pantang dengar perkataan MUDA

gambar hiasan

Muda....... ni ada cerita pasal kawan aku yg bernama  Muda.. Aku dah serik bekawan dgn orang bernama Muda. Pernah bini dia tepon aku suruh hantar dia pi hospital sbb dia skit. Masa tu aku dlm tandas ,Bini aku yg jawab. ..
Dgr suara perempuan..
Dia tanya Sapani..?
Dia jawabla bini Muda
Apalagi marah lah bini aku dihempas tepon sampai bederai.
Pernah aku pi rumah Muda, bila balik bini Muda kirim salam kat bini aku dan bagi kueh sikit..
Sampai rumah aku ckp kat bini aku bini Muda kirim salam dan bagi kuih...... Cuba kau fikir apa yg terjadi lepas tu....🏃🏼🏃🏼

Sunday, 17 April 2016

Saat nyawa ditarik...dia sahaja yang lihat malaikat yang datang

Cerita ini adalah kisah benar dari seorang rakan…sesunguhnya kematian itu bila bila masa sahaja akan terjadi pada diri kita ..,adakah kita bersedia?hayati cerita ini….. kejadian pada 12/4/2016..al-fatihah buat arwah.


Salam saudaraku. Sy nak kongsi cerita. Malam tadi kawan sekolah sama mrsm jelebu sy meninggal dunia pada usia 42 thn. Td sy melawat jenazah dan isteri bercerita kpd kami. Arwah baru mendapat kereta bmw baru dibeli smlm. Mlm selepas maghrib ajak isteri try kereta. Dlm perjalanan dan memandu arwah tiba2 mcm org blackout. Isteri sempat menarik steering. Arwah sedar kembali selepas beberpa saat. Kemudian arwah berhentikan kereta ketepi jalan. "U nampak tak cahaya putih? Datang ke kapala i. U tengok ni...i berpeluh sejuk. Kepala i basah. Mcm ada sesuatu nak tarik tengkuk i.".wife rasa kepala arwah basah dan sejuk. Tapi tak nampak cahaya putih tu. " tak pe, balik ni kita baca yasin sama2" kata wife. Tiba2 arwah cakap " ehh cahaya tu datang lagi. Nampak tak?" Dan arwah terus terlentuk. Dan meninggal didlm kereta. Apa yg sy nak kongsi, kami kwn2 berpendapat, arwah pergi memang ajalnya sampai waktu itu. Cahaya putih itu mungkin malaikat maut datang kepadanya. Hanya dia yg nampak. Dan mmg sebenarnya MATI itu pasti dan tak perlu tunggu tua atau sakit. Bila2 dan dimana sahaja. Maka kami belajar 1 perkara. Sentiasa berbuat baik, dan tinggalkan dosa. Sebab mati itu pasti dan kita tak tau bila "cahaya putih" itu akan datang kepada kita. Alfatihah mohd hanif din.

Sunday, 10 April 2016

Isteri SUPER tiada siapa yang boleh lawan

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Tuhan
Wanita yg membaca ini
wanita pilihanMu
wanita yg cantik, 
kuat & sabar...

Sayangilah dia serta kasihanilah dia.
Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya,  badannya,
Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia.

Kirim ke 9 wanita yg kamu sayang. Dalam waktu 9 minit kehidupan mu akan bahagia kerana 9 wanita itu juga  mendoakanmu.....
Aamin
P: TERHARU TAPI GITULAH REALITINYA

Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita....
Saya bekerja 24 jam sehari..
Sayalah ibu...
Sayalah isteri...
Sayalah anak perempuan..
Sayalah menantu...
Sayalah jam loceng..
Sayalah tukang masak...
Sayalah pembantu rumah...
Sayalah guru...
Sayalah pelayan..
Sayalah nenek...
Sayalah jururawat..
Sayalah jurukamera..
Sayalah pengawal keselamatan..
Sayalah kaunselor..
Sayalah selimut...
📝saya x ada percutian
📝saya x ada cuti sakit
📝saya x ada cuti harian
📝saya bekerja siang malam
📝saya sentiasa 'on call'


Dedikasi untuk semua wanita.
Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam 💋

Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!

Saturday, 9 April 2016

Askar JOHOR lebih lama dari Askar MALAYSIA


Seperti kita sedia maklum, Askar Timbalan Setia Negeri Johor merupakan institusi pertahanan pertama dan tertua di negara kita. Pasukan ini telah diilham dan ditubuhkan jauh lebih awal, berbanding pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja yang hanya ditubuhkan pada tahun 1933. Lebih membanggakan, Negeri Johor adalah satu-satunya negeri di negara kita yang sehingga kini mempunyai pasukan tenteranya sendiri dan lebih 100 tahun kewujudannya di sebalik peranan utamanya mempertahankan kedaulatan institusi Diraja Johor, Askar Timbalan Setia juga sudah menjadi satu simbol dan identiti unik negeri ini. Ia sinonim dengan Institusi Istana Johor.

Dan jika kita ingin melihat perbandingan yang hampir setara, terdapat banyak contoh yang hampir serupa di peringkat antarabangsa. Misalnya, regimen askar yang ditubuhkan ketika Pemerintahan King Charles II bagi mempertahankan institusi Istana Inggeris yang dikenali sebagai The Queen’s Guard dan The Queen’s Life Guard. Pasukan tersebut bukan sahaja menjadi simbol penting institusi diraja, malah menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia yang akan berhimpun menyaksikan mereka bertugas di Istana Buckhingham, Tower of London serta Windsor Castle di United Kingdom


Kesemua pasukan askar ini adalah satu simbol besar kepada tamadun mereka. Simbol yang menunjukkan kedaulatan, kekuatan serta sejarah yang luar biasa nilainya.Maka, adalah mustahak bagi Negeri Johor untuk memastikan simbol ini terus diperkukuhkan. Ia adalah bahagian penting dalam perjalanan sejarah Johor dan bangsanya. Bukan sahaja daripada segi imejnya, namun kekuatan kemudahan dan kesiapsiagaannya. Ia harus dipelihara, diperkasa dan dipertahankan. Dan kerana demikian sebabnya jua lah, pasukan Askar Timbalan Setia Negeri mesti diperkukuhkan wibawanya.

kredit:Persatuan bangsa johor

Thursday, 7 April 2016

HILANG bukan 42 bilion tetapi..................1MDB huhhhh

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tersilap sebelum ini apabila mendakwa sejumlah RM42 bilion telah hilang dari akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Sebaliknya, beliau berkata, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ternyata mendapati jumlah yang jauh lebih besar iaitu RM50 bilion."Laporan PAC sebut bukan RM42 bilion tetapi RM50 bilion. Jauh lebih banyak, maka saya silap sebab sebelum ini saya nyatakan jumlah yang lebih kecil."Saya rasa RM50 bilion ini juga tidak betul, mungkin lebih dari itu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri dialog Deklarasi Rakyat: Realiti atau Fantasi, di sini, hari ini.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blognya semalam bahawa laporan PAC yang diumumkan membuktikan tuduhan Mahathir terhadap 1MDB selama ini adalah tidak benar.Ketika ditanya mengenai laporan PAC yang meminta bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim disiasat, Mahathir berkata, Najib sebagai pengasas 1MDB merupakan individu yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap syarikat itu.

"Saya simpati dengan (bekas) CEO, bukan dia yang tubuhkan 1MDB. 1MDB dimulakan oleh Najib dan dia penasihatnya.
"Semua yang berlaku kepada 1MDB dia patut tahu. Sebenarnya tiada apa boleh dilakukan tanpa persetujuan Najib, jadi kenapa hukum lelaki ini (Shahrol)," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Lembaga Pengarah 1MDB yang menawarkan untuk meletakkan jawatan, Mahathir berkata, 1MDB perlu dibubarkan secara keseluruhannya.
"Mereka langsung tidak buat apa-apa yang baik. Tunjuk kepada saya di mana RM42 bilion itu. Ia di sini dan di sana tetapi kita tidak nampak," dakwanya.
Dalam perkembangan lain, ditanya berhubung penahanan Rafizi Ramli, beliau mendakwa ia sebagai satu usaha untuk menghalang Ahli Parlimen Pandan itu daripada bercakap.

"Rafizi ini dia tak serik bercakap dalam Parlimen, jadi dua tiga hari ini simpan dia dulu lah (dalam penjara) supaya dia tak boleh bercakap," katanya.

sumber:sinar harian

Wednesday, 6 April 2016

Sihir Sumpahan untuk orang mati ?





Ahli arkeologi Athens menemui tulisan Greek atas 5 kepingan plumbum seperti saiz tablet dalam kubur dipercayai milik seorang gadis berusia 2,400 tahun yang mayatnya dikebumikan selepas dibakar. Tulisan dan tanda-tanda ukiran itu dikatakan 'cursed' atau sumpahan sihir kepada mayat dalam kubur kononnya, roh akan sentiasa dikutuk, disumpah dan tidak akan pergi ke syurga kerana sumpahan dendam seseorang yang menanam nya dalam kubur.
Empat daripada kepingan plumbum itu telah diukir dengan mantra dan sumpahan yang menyebut nama-nama "chthonic" (neraka) kepingan yang kelima pula hanya kosong tidak berukir.
Kesemua lima keping ukiran itu dilipat dan dicucuk dengan paku besi, dan ditanam dalam kubur. Yang dikatakan 'jalan' terus keneraka menurut kepercayaan greek kuno.
Namun dikatakan kepingan plumbum itu bukan ditujukan kepada gadis itu. Menurut bahasa yang diperterjemah kan, ianya ditujukan kepada sepasang suami isteri yang bernama Demetrios dan Phanagora. Bunyi mantranya lebih kurang macam ni lah:
"Saya akan 'mengikat' musuh saya, Demetrios dan Phanagora, dengan darah serta abu, ikat mereka dengan kuatnya dan memukul mereka dikemudian hari dengan 'kynotos' bermaksud dengan 'telingan anjing yang panjang'"
Menurut seorang pengajar Jessica Lamont di University John Hopkins di Baltimore yang baru menamatkan ijazah kedoktoran dalam bidang sastera klasik, menulis dalam artikel yang diterbitkan baru-baru ini iaitu jurnal Zeitschrift für Papyrologie Epigraphik berbunyi "mengetuk paku itu umpama berbuat sesuatu upacara ritual dan pemujaan" Lamont menulis.

Dikatakan sejarah kehidupan Demetrios ini, dia dan isterinya membuka restoran namun disebalik nya itu melibatkan aktiviti lain seperti perjudian dan pelacuran. Mungkin itu yang menyebabkan ada yang tidak berpuas hati dengan mereka berdua dan berdendam hingga dah mati pun masih lagi berdendam??..

kredit:Misteri Alam de Paranormal

Monday, 4 April 2016

DIA adalah sebenarnya pewaris sultan melaka?

Nama Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mendapat perhatian ramai apabila beliau tampil membuat kenyataan bahawa dirinya adalah Pewaris Kesultanan Melayu Melaka dan sekaligus mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka dan mahu mengambil balik takhtanya yang telah dinafikan haknya selama ini.
Bagi menguatkan lagi dakwaan itu, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah menampilkan dokumen dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang jelas mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.
Dalam sidang media di ‘Balai Seri Melaka’ di Gombak Selangor, individu yang mahu digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah (gambar) mendakwa, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut.
“Untuk pengetahuan semua ICJ adalah badan kehakiman telus dalam membuat keputusan dan surat pengiktirafan ini dikeluarkan berdasarkan kajian menyeluruh selama sembilan tahun sehingga keputusan dikeluarkan pada 25 November lalu.
“Jika ada pihak yang mengatakan Beta mendapat surat tersebut dengan membayar kepada ICJ, sila buktikan kerana beta bukan ahli politik yang mengeluarkan dan menabur wang untuk memancing undi tetapi beta hanya menuntut hak warisan beta,” katanya.
Beliau memberikan sidang akhbar dengan memakai baju kuning lengkap sebagai seorang raja memberitahu, surat mengenai pengiktirafan tersebut telah dihantar kepada Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu.
Ekoran pengiktirafan itu, beliau mendakwa bakal menerima dana berjumlah bertrilion ringgit dari satu tabung yang diuruskan oleh ICJ dan duit tersebut akan digunakan untuk membangunkan Melaka.
Ketika ditanya mengenai siapa yang menandatangani surat pengiktirafan tersebut, Raja Nor Jan berkata, beliau tidak mahu tahu siapa yang berbuat demikian, sebaliknya meminta pihak media menghubungi ICJ sendiri bagi mendapatkan kepastian.
“Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan ICJ itu boleh kemukakan bantahan kepada pihak di sana. Apa yang penting, sekarang beta ingin menjelaskan bahawa semua pihak perlu menerima pengiktirafan ICJ ini dan beta ingin menuntut hak sebagai Sultan Melaka yang sah,” ujarnya.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf surat itu dan ingin mengambil tindakan perkara itu dialu-alukan.
“Tetapi kerajaan juga perlu menjelaskan kenapa tuntutan itu tidak betul kerana surat ICJ itu berdasarkan akta dan fakta,” jelasnya.

Pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang di dalam negara ini kerana berpegang teguh dengan keputusan ICJ yang merupakan mahkamah dunia.

kredit : illustrasiaku.com

Aku Mencuba Cinta...

sekadar gambar hiasan
Aku tak mencuba aku tak tahu…aku tak merasa bila aku tak mencuba…tapi bila aku dah mencuba aku perlu sedar apa yang aku cuba itu bukanlah sesuatu akan ada jawapan yang pasti yang aku inginkan…sabarlah jika jawapan itu hanyalah sesuatu yang bukan memihak pada aku…aku perlu redha.mungkin bukan kali ini yang aku cuba adalah sesuatu jawapan penamat dari hati yang tertanya…cinta oh cinta….dimanakah terakhirnya jika kita hanya bertanya…,cinta oh cinta …dimanakah akhirnya jika kita hanya mencuba…

Sunday, 3 April 2016

KENALI Titisan Darah Haid yang mengalir dari WANITA...

sekadar gambar hiasan
wanita datang haid ada yang bermasalah tapi hanya diam sahaja tanpa memberitahu pada si suami..haid ada pelbagai jenis titisan yang perlu anda tahu,setiap titisan yang megalir ada tanda tanda yang anda perlu tahu.

1-Coklat gelap menandakan darah sudah lama tersimpan dalam rahim  untuk waktu yang lama.biasanya menandakan menstruasi
2-Merah ini normal kerana peluruhan rahim  telah deras tertumpah  dengan sangat cepat
3-Merah cranberi warna ini sihat dan normal dalam jangka waktu 2 hari pertama masa menstruasi,setelah ini biasanya akan timbul warna yang lebih merah
4-Hitam taupun abua abu jika menstruasi kamu berwarna ini sepatutnya kena berwaspada jangan diabaikan...boleh terjadinya efeksi kepada rahim,warna akan biasanya akan dilihat pada hari ke4,jika hari ke4 akan bersamaan dengan warna merah
5-Warna seperti ini boleh terjadi jika menstruasi kamu berwarna seperti ini bererti adanya enfeksi jangan diabaikan.kamu perlu segera mendapatkan rawatan dengan  doktor

SUMBER : HAMIL 3 BULAN

Friday, 1 April 2016

LEGASI LAHIRNYA IP MAN & BRUCE LEE


Ip Man lahir di Foshan, provinsi Guandong pada tahun 1893 masa pemerintahan Kaisar Guangxu, Dinasti Qing. Dia adalah anak ketiga dari empat bersaudara yang dilahirkan dari pasangan Ip Oi dan Ng Shui. Abang dan kakaknya bernama Ip Kai Gak dan Ip Wan Hum. Ip Man tumbuh dalam keluarga kaya dan menerima pendidikan dengan standar tinggi.
Ketika Ip Man berumur 9 tahun dia mulai belajar Wing chun dari Chan WahSun. Karena umur gurunya yang sudah tua, Ip

Man lebih banyak belajar ilmu dari Ng Chungsok, senior kedua dalam satu perguruan. Setelah tiga tahun Ip Man berlatih Wing Chun, Chan WahSun meninggal dunia.
Pada umur 15, Ip Man pindah ke Hong Kong dengan bantuan temannya Leung Fut Ting. Satu tahun kemudian, Ip melanjutkan pendidikan di perguruan tinggi St. Stephen di Hong Kong yang merupakan sekolah untuk keluarga kaya dan orang asing yang menetap di Hong Kong. Menurut kedua puteranya, Ip Ching dan Ip Chun, ketika di St. Stephen, Ip Man turut campur tangan setelah melihat polisi asing memukuli seorang wanita. Petugas polisi itu mencoba menyerang Ip Man yang menggunakan ilmu bela dirinya untuk menjatuhkan polisi itu dan kemudian berlari ke sekolah dengan teman sekelasnya.
Temannya memberitahu Ip Man bahwa ada seorang lelaki tua yang tinggal di lingkungan yang sama dan mengundang Ip untuk menemuinya. Lelaki tua itu bertanya kepada Ip Man "Ilmu bela diri apakah yang kamu pelajari?" dan Ip Man berkata "Kamu tidak akan mengerti". Ip ditantang untuk berlatih Chi Sau (bentuk latihan menyerang dan bertahan dengan kedua tangan). Ip Man menganggap hal tersebut merupakan kesempatan bagus untuk meningkatkan ilmu bela dirinya, akan tetapi dia dipukuli hanya setelah beberapa serangan. Ternyata Lelaki tua itu adalah Leung Bik, anak dari Leung Jan, guru dari Chan WahSun yang tidak lain adalah gurunya Ip Man. Setelah kejadian itu, Ip Man melanjutkan latihan Wing Chun dengan berguru kepada Leung Bik. Pada Umur 24 tahun Ip Man kembali ke Foshan dengan keahlian Wing Chun yang sangat baik.
Di Foshan, Ip Man menjadi seorang pengusaha. Dia tidak menjalankan perguruan Wing Chun secara formal, tetapi mengajar beberapa bawahan, teman dan relasinya. Kwok Fu dan Lun Kai adalah dua murid pertama Ip Man yang kemudian mereka sendiri juga mengajarkan Wing Chun. Seni bela diri Wing Chun di Foshan dan wilayah Guandong terutama berasal dari kedua murid ini.
Ip Man ke kampung halaman Kwok Fu pada saat Jepun menguasai Foshan. Dia kembali ke Foshan setelah perang berakhir, dan sebagai polisi. Pada akhir tahun 1949, parti Komunis Cina memenangkan perang. Ip Man yang juga seorang pejabat dari parti politik Kuomintang memutuskan untuk melarikan diri ke Hong Kong tanpa keluarganya ketika para Komunis datang ke Foshan. Di Hongkong, Ip Man membuka Perguruan bela diri Wing Chun.

Pada awalnya bisnis perguruan tidak berjalan lancar karena murid - muridnya hanya bertahan beberapa bulan. Dia memindahkan perguruannya sampai dua kali yaitu ke jalan Hoi Tan di Sham Shui Po dan kemudian ke jalan Lee Tat di Yau Ta Tei. Pada saat itu, beberapa muridnya sudah cukup ahli untuk mulai membuka perguruan sendiri. Beberapa dari murid Ip Man dan keturunannya melagakan kemampuan Wing Chun mereka dengan praktisi bela diri lainnya dalam pertarungan. Kemenangan murid - muridnya membantu meningkatkan reputasi Ip Man sebagai Guru Besar Wing Chun. Pada tahun 1967, Ip Man dan beberapa muridnya mendirikan Asosiasi Wing Chun di Hongkong yang dikenal dengan "Hong Kong Ving Tsun Athletic Association".

P/S :Pada tahun 1972, Ip Man menderita kanser dan meninggal dunia pada 2 Desember pada tahun yang sama. Kira - kira enam bulan sebelum dia meninggal, dia berpesan kepada kedua puteranya dan muridnya Lau Hon Lam untuk membuat rakaman video aksi Wing Chun yang diperagakannya. Dia memperagakan Sil Lim Tau, Chum Kiu dan "Muk Ren Zhong" atau "The Dummy form". Hal ini disebabkan rasa sakit yang dideritanya dan lemahnya dan ketidakstabilan kaki karena penyakit KANSER

SUMBER :wikipidia