Wednesday 24 February 2016

Lelaki tua cubaan untuknya

Hari ini balik kerja singgah disebuah kedai untuk membeli air minuman...ternampak seorang lelaki yang da berumur...terkial kial mencari duit syiling yang berada didalam beg saku kecik..untuk membayar sebuku roti yang dibelinya,lama juga aku memerhatikanya..,dalam hati aku ..kasihan orang ini....mesti sedang kelaparan ,dengan riak muka yang sedih...lelaki tua tersebut kecewa bila dibelek2 wang syilingnya tak mengcukupi untuk membayar roti tersebut...tunduk rasa kecewa lelaki tua tersebut…aku menghampirinya...,”pakcik...takpe biar saya yang bayar ..,lelaki tua tersebut tunduk rasa malu dan pergi begitu sahaja, selepas aku bayar..aku terpikir,ehhh,,,aku ni baru gaji,,,kenapa tidak aku hulurkan sedikit duit untuk lelaki tua tadi....aku pusing sahaja kebelakang,aku lihat tiada lagi kelibat lelaki tua terbabit…menyesalnya aku tak hulurkan yang sepatutnya aku buat,dalam hati berkata juga kenapa cepatnya lelaki tua itu tadi menghilang,adakah ia benar benar manusia ataupun ujian yang allah turunkan untuk uji aku..wallahualam..,Dalam pekara ini kita sebagai manusia yang hidup didunia sememangnya rezeki yang ada pada kita bukanlah hak milik kita seorang…,apa yang allah berikan pada kita ada hak orang lain yang memerlukan sesuap rezeki untuk jalani kehidupan..,aduhaiiiii……aku  juga terpikir kenapa tauke kedai yang menjaga kedai tersebut semasa lelaki tua ini nak membeli roti,dah lihat lelaki tua ini membelek2 beg saku untuk membayar ,kenapa tak dia sahaja untuk  sedekahkan roti tersebut pada lelaki tua itu tadi….kita kena ingat dugaan yang allah akan berikan pada kita pelbagai bentuk yang kita sendiri tak akan tahu…

“Bersedekahlah kalian, dan jangan terlalu lama disimpan dan ditahan. Sebab jika demikian, Allah SWT akan menahan (kurnia-Nya) untukmu “ (HR. Bukhari ).”

No comments:

Post a Comment