PENGAJARAN
Masa aku di Tingkatan
5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda
otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak.
Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.Lepas
peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je.
Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.Dari tahun ke tahun, aku ada
life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi
malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.Dan
start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak
pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan
aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik
dan campak jeans kat muka dia.Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik
kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat
dia.Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun
pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak
minta maaf kat dia.Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah
kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar
orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu
aku dah mula sebak.Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.Tangan aku dia
genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan
perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan
pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah
melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan
dia. Ya Allah, hukum la dia"Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku
menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras
takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat
keampunan seorang ibu.Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku
datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak.
Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah
dia dan tengah berwirid.Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium
tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat
rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika
aku masih kecil dulu-dulu.Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan
lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana
kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang
takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah
maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti".
Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia.
Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih
dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.Dan
lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat
sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat
muka bumi ni.Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua
anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk
tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku
akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah. Kami
banyak buat salah pada ayah".Serentak dengan itu, aku dongak ke langit
seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat
baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik
kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan
ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya,
Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.
-Tuan-tuan dan
Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang
pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je
pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita
lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak
memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik
No comments:
Post a Comment