KISAH INI BOLEH KITA RENUNGKAN
BERSAMA...
"Hantaran tu, bagi pihak
lelaki saja yang fikir. Itu tanggungjawab lelaki."
Mula-mula dulu saya terpengaruh
dengan statement macam ni. Bagi saya, 'eh kau nak aku, kau usahalah kumpul
duit!'. Sebab saya fikir nak kahwin mudah. Duduk atas pelamin, tengok orang
makan, senyum sana sini depan kamera dan salam tetamu yang datang. Cukup!
(Karangan sangat panjang.
Teruskan membaca kalau nak kahwin cepat 🙈)
Setahun kenal suami saya dan saat
tu saya belajar lagi di tahun akhir. Dalam tempoh setahun tu saya niat
macam-macam. Nak pelamin itu ini. Baju itu ini. Katering itu ini. Doorgift
pompompom. Semua saya bagitahu suami. Suami iyakan saja.
Saya selalu tanya, 'abang dah
kumpul duit?'. Dia angguk sambil senyum. Lepastu dia belanja makan. Bahagia
sangat kan? Asyik makan kena belanja. Saya bahagia buat angan macam-macam untuk
majlis perkahwinan saya nanti. Seumur hidup sekali kot!
Dan, masuk tahun kedua. Saya
kerja. Dapat duit gaji sendiri. Dapat pegang hasil titik peluh sendiri. Sebulan
penat kerja. Satu hari saya terfikir, penatnya kerja. Dapat duit gaji bayar itu
ini ( saat ni saya dah ada komitmen nak kirim duit dekat family, bayar rumah,
bayar bil internet, bil api air dan beli keperluan sendiri).
Saya terfikir pasal suami. Dia
kerja macam saya. Saya pergi pagi balik tengahari. Dia balik petang (office
hour). Komitmen sama. Dia ada rumah. Ada family. Sama seperti saya. Bahkan, dia
ada komitmen lain nak bayar kereta dan kumpul duit sebab nak kahwin dengan
saya.
Tiba-tiba,saya rasa kejam sangat
sebab saya bebankan dia nak fikir tentang saya. Sedangkan yang nak nikah, saya
dan dia. Kenapa perlu saya bebankan dia seorang? Bukankah perkahwinan itu
perjuangan dua insan. Kenapa di permulaan perjuangan hanya dia berjuang? Saya
sedar dan semakin sedar.
Dah masuk tahun kedua kami kenal.
Dia masuk meminang. Mula-mula, parents saya minta **K Tapi, saya bincang
baik-baik dengan parents nak kurangkan **K sahaja. Alhamdullilah mereka faham.
Masa tu ramai juga yang cakap
belakang-belakang. "**k saja? Tu bukan tahap kau" "Sekarang
semua mahal, tak akan cukup!" "Sedangkan aku kahwin dulu lebih dari
kau". Saya senyum. Dalam hati sabar. Orang yang tak bersyukur akan sentisa
dirinya tidak cukup.
Saya bertunang bulan 7. Plan
nikah dan sanding bulan 12. Sepanjang 5 bulan saya urus majlis saya semuanya
atas talian. Katering. Andaman. Photographer. Doorgift. Dewan. Meja kerusi.
Saat tu saya rasa 'duit adalah segalanya, tiada duit tiada semuanya'. Tapi,
saya usaha untuk cari katering terbaik, andaman terbaik, photographer terbaik
dan semuanya untuk pastikan majlis saya TERBAIK.
Saya doa banyak-banyak agar semua
urusan saya dimudahkan. Syukur, sebulan sebelum majlis saya semuanya selesai.
Saya pernah kata dekat suami. " Abang, perkahwinan ni antara kita dua.
Abang dan Lyeen. Hubungan kita insyallah akan sampai hujung nyawa. Lyeen takmau
abang susah sendiri. Kita susah sama-sama. Kita senang sama-sama. Macam ola
bola 😘".
Sejujurnya, perkahwinan kami simple but nice. Saya tak nak susahkan suami
dengan jumlah hantaran tinggi-tinggi.
Sepanjang tempoh bertunang saya
tak desak dia bayar macam-macam untuk majlis. Sebab saya tahu bukan mudah nak
kumpul duit banyak-banyak. Serius! Saya pun tak sibuk-sibuk nak buat itu ini.
Saya serahkan semua tema majlis pada mak andam, katering saya hanya pilih menu
dan photographer saya serahkan pada dia untuk cipta memori perkahwinan saya.
Then, saya rileks sebulan sebelum nikah tu. Tapi saya siapkan diri saya dengan
skill belajar masak dengan mak. Saya banyak baca 'tanggungjawab menjadi
isteri'. Saya banyak tanya dengan kawan-kawan macamana nak urus rumahtangga
supaya sentiasa baik. Saya google 'cara menjadi isteri yang taat', 'perkara
yang mendatangkan dosa buat isteri'. Macam-macam. Kata orang, nak kahwin bukan
setakat majlis meriah. Tapi ilmu didada juga perlu meriah.
11.12.2016, pagi saya bangun saya
doa banyak-banyak supaya semuanya lancar. Ya la, semua urusan majlis saya, saya
uruskan atas talian. Berhubung dengan mak andam, photographer dan katering
semuanya on whatsapp. Canggih 😇. Ok sambung, Mak andam datang dan make upkan saya.
Saya dupdapdupdap tapi cuba untuk tenang. Pukul 10.00 saya sah jadi isteri
dengan sekali lafaz. Syukur.
Saya datang dewan. Ya Allah, rasa
nak sujud syukur masa tu. Ramai orang. Pelamin cantik. Dewan cantik. Katering
dah siap dengan lauk dan pelayan. Paling membahagiakan saya, mak abah saya
berdiri depan pintu gerbang pakai baju cantik-cantik untuk sambut menantu
mereka. Bahagia!
Kesimpulannya, saya nak cerita
tentang wang hantaran melambung-lambung logik atau tidak? Sebenarnya adalah
PENGURUSAN dan TOLAK ANSUR. Sebagai wanita, kita kena ada sistem pengurusan
kewangan terbaik. Dan juga kita kena faham bahawa tak mudah suami kita tu nak
kumpul duit. Kita kena faham bakal suami. Kita nak kahwin dengan dia, dia nak
jaga kita hingga hujung nyawa. Kenapa kita nak susahkan dia dengan hantaran
melambung-lambung? Kesian.
Jangan ikut sangat dengan trend.
Kau ijazah hantaran kau macam ni! Silap sangat. Ukur baju di badan sendiri.
Sebab selepas kahwin ada macam-macam yang perlu kita tempuh. Mulut-mulut
'puaka' yang cakap-cakap dekat belakang kita tu, tak akan tolong kita. Mereka
akan terus mencipta 'longkang' dengan mulut 'puaka' mereka. Biarkan. Orang
begitu tidak akan pernah berjaya bahkan terus jatuh dan jatuh tersungkur
kegagalan.
"Parents aku yang nak
hantaran macam tu. Aku ikutkan aja!" Awak silap! Awak boleh bincang dengan
keluarga, itu hidup awak. Awak yang tentukan. Sebab,selepas kahwin hanya awak
dan suami sahaja. No more orang lain. So jaga!
"Semua barang mahal la
wei!" Mahal tak mahal. Murah tak murah. Sebelum majlis, servay harga.
Tempah awal. Cari yang kos minima. Sekali lagi saya tekankan, pengurusan.
Bincang dengan mak andam, katering, photographer dan lain-lain pihak yang anda
rasa patut.
"Tak best la tak da itu ini.
Aku kahwin sekali ja!" Ya, betul. Sebab kau kahwin sekali la, awak kena
tunjuk dekat keluarga baharu awak tu, yang awak bukan seorang yang suka
membazir! Buktikan pada keluarga baharu awak yang awak adalah yang terbaik
dalam pengurusan sistem. Sistem apa? Sistem kewangan! Buktikan yang kita
sebagai wanita boleh bantu suami kita bukannya bebankan suami kita!
"Dia lelaki, hadaplah! Kata
sayang, carilah duit. Penat mak bapa jaga taw!" Sekali lagi awak betul!
Tapi, satu awak kena ingat, suami kita juga akan jaga kita sampai hujung nyawa
kita. Insyallah. Ingat senang ke mak bapa suami tu nak bagi anak lelaki mereka
kahwin? Sedih taw. Saya sendiri lihat wajah keluarga mertua saya sedih bila
akad nikah dah selesai. Sebab lepas ni, segala dosa-dosa saya atas bahu dia. Dia
tanggung! Itu bukti sayang sebenarnya. Dia pun ada mak bapa yang jaga dia.
Kenapa perlu kita bezakan? Sewajarnya untuk kita timbang rasa dan faham. Dia
kan suami awak.
Akhirnya, dalam urusan wang
hantaran janganlah serahkan semuanya pada lelaki. Dan lelaki, jangan juga
terlalu ambil remeh dan berikan semuanya pada wanita. Kerjasama! Ibaratnya,
anda sedang membina sebuah kapal yang besar untuk dilayarkan ke laut dalam yang
jauh perjalananya. Binalah kapal itu bersama-sama kerana andai ada cacat
celanya, boleh kalian perbetulkan. Bukan?
Satu pesanan saya: Abaikan dan
matikan mulut-mulut 'puaka' yang pasti akan bertebaran menghasut anda. Yakin
pada diri anda dan yakin pada ketentuan Allah. InsyaAllah, semuanya berjalan
lancar. Kita sedang mencari keredhaan, pastinya urusan kita dimudahkan.
InsyaAllah. Segala yang baik datang dariNya dan segala kekurangan itu atas
kekhilafan diri saya sendiri. Dan suka saya maklumkan, ini adalah pandangan dan
pengalaman saya sendiri tidak ada motif negatif selain daripada ingin membantu
bakal pengantin yang mungkin mempunyai 'kesulitan' seperti saya sebelum ini
No comments:
Post a Comment