KISAH MISTIK DI
KAWASAN BANDAR2 JOHOR BAHRU
Siapa kata
hantu duduk kat kampung je? Jika korg yg lahir kat JB tak pernah dgr cerita
hantu dari mulut ke mulut, mmg tak sah la..
Ingat lagi tak
pasal hantu perempuan yang memakai purdah kecoh culik budak? Ianya juga di
kenali sebagai Wanita Setan.. Hantu tu di katakan menaiki kereta Kancil
berwarna merah.. Time tu tahun 1996, aku darjah 2.. Dah nak masuk waktu maghrib
je, semua budak2 tak kira la lelaki atau pmpn akan masuk ke rumah coz takut kena
culik ngan hantu tu.. waktu malam hingga ke subuh di katakan hantu itu
'beroperasi' mencari mangsa.. Hantu tu di katakan nak tangkap 20 org
gadis.. Sebab apa dia nak tangkap 20 org
gadis? sebabnya nak isap darah 20 org gadis tersebut bg menghilangkan hodoh di
muka akibat melanggar pantang..
Oleh sebab tu
juga hantu purdah tu memakai purdah kerana nak melindungi wajahnya yg kelihatan
hodoh..cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan
lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam
menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu.. Di dewasa ini aku
terfikir, HANTU PANDU KERETA KANCIL? HAHAHA.. Orang kata, cerita ini di
war-warkan sbb nak mengelakkan anak dara keluar malam² sebab waktu tu mmg ramai
bohsia and bohjan, tapi tatau lah. btw kalau dapat kurangkan bohsia and bohjan
bagus juga ada cerita² macam ni.
Kisah Hantu Kum
Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam masyarakat
Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan penduduk asli di tanah
air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum ini. Bergitulah pantasnya
cerita Hantu Kum Kum ini tersebar.
Namun, daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal.
Seseorang manusia normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita
ini sangat mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan mampu
membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan terdapat
mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak logik bukan?
Apa yang
penting sebenarnya daripada kisah yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung
beberapa perkara tersirat. Sebagai warganegara Malaysia anda wajib
mengetahuinya.
hehe.. hebat tak org Johor Bahru? Kecoh satu Malaysia tu..
ok itu cerita pembuka kata.. Selepas ini anda di sajikan dgn cerita2 mistik yg
pernah kecoh di Johor Bahru..
Cerita 1, Lokasi
Masai.
Kipmart Masai,
di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yg di katakan 'berpenghuni'Kipmart
Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yg di katakan
'berpenghuni' Tahukah korg bahawa setiap
surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak di gunakan?
maka terjadilah tempat2 jin melepak.. Jangan di sangka rumah kosong yg di
biarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..
Surau sepi ini
berdekatan dgn pekan Masai.. Surau tu di buat persinggahan atau pun rumah
tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau
surau tu di guna sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang
seorang ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan.. Yang aneh nya setiap
kalii mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara
atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak
menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..
Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua
kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal
dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor
dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz
nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali
ke rahmutullah pada thn 1990an.
Tahukah di
mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh
PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan
untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada..
Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya
KIPMART MASAI..!
Sebelum di
robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak
kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang
benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas
tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama
tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg
menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..
Cerita 2, Lokasi
Villa Nabila Bukit Serene (berhampiran Strait View Hotel)
Ini adalah pintu masuk ke Banglo Kerabat
atau lebih di kenali sebagai Cristine Palace.. ianya terletak di sebelah jalan
Lido – Danga Ini adalah pintu masuk ke Banglo Kerabat atau lebih di kenali
sebagai Cristine Palace.. ianya terletak di sebelah jalan Lido - Danga Kalau rasa berani sangat, try la 'berhijrah'
ke sana.. tapi ingt.. waktu mlm ye? jgn lupa rakam.. hehehe.. Dah ramai yg saja
nk jln2 ke Rumah Hantu tak berbayar tu.. ye la.. dia bukannya mcm funfair.. ok,
aku ada url video drpd budak poli JB, dorg ada masukkan kat youtube.. ni
rakaman siang hari.. http://www.youtube.com/watch?v=fQ1omgTq-rk
Member aku
pernah masuk Villa Nabila tu, orang kata, kalau masuk genap, kat dlm tu jadi
ganjil.. kalau masuk 8 org, cuba korg kira kat dlm tu.. entah-entah 9 orang..
kalau tak percaya korang leh tanya pengalaman (facebook name Tyecik Hades)..
Kisah ni berlaku masa zaman rempitnya dulu.. Mat rempit biasa lah, hati cekal
& kering.. Dorg akan cuba buat sesuatu yg org lain x berani nak buat.. Kalau
korg dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa2 tu Alhamdulillah la..
Kadang2 time nk balik tu, enjin kenderaan takleh nak start.. TU MEMANG DAH
BIASA TERJADI kat Villa Nabila..
Ada beberapa
budak penakut ni lagi best, takut punya pasal, dorg pilih cantik je iaitu pada
bulan Ramadhan. Lepas bersahur kat Singgah Selalu pukul 2 pagi, dorg terus wat
rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila.. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan
enjin nak ke rumah tu, tiba2 bumbung kereta dorg kena ketuk.. Lagi dasyat enjin
kereta dia tak leh hidup.. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca,
enjin kereta pun hidup & mereka membatalkan hasrat utk jejak kan kaki ke
dlm Villa Nabila tu.. Ingat! jangan sampai meracau sudah..
Korg tau apa
itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk
menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan
bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu..
Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang..
Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..
Utk pengetahuan
korg, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat
sultan, Kedua Villa Nabila & yg ke tiga agak dlm sikit iaitu sebuah Banglo
seorang doktor.. Bahaya & belum di siasat..
Mengapa Villa
Nabila begitu mistik? apakah punca dari mulut ke mulut yg sering di katakan di
kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh
oleh mak tiri (ada yg kata amah) yg tamakkan harta peninggalan bekas suaminya
juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan.
Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini. Kepada polis yg baca artikel ini,
sila sahkan cerita ini please~ hehe.. ni video yg kedua aku search kat
youtube.. tak tau la budak mana punya kerja..
http://www.youtube.com/watch?v=h7RRI2oelY0 kalau korg rajin, korg try la main
pause-pause.. mana lah tau korg ternampak lembaga yg tak di ingini masuk dlm
video dorg tu.. huhuhu..
Cerita 3, Terowong
Lama British di Tambak Johor
Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai
“kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak
Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak
Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan
bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung
Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di
Singapura. Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke
Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat
Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut
menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar?
Mungkin juga
akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowongberkenaan
disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr
Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah
jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak
tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu
dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan?
Ok, aku nak
bawa korg ke alam misteri.. Ingat lagi tak Metro Ahad pernah keluarkan berita
tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri?
Bertarikh 14 November 2010. Masa tu aku kat Melaka tgh sibuk2 ngan 'Projek
Melaka' Tajuknya Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36
tahun. Dia dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya
tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di
fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan
satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? mayatnya pun di jumpai
setelah beberapa hari..
SEBUAH bot
pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat
kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru.SEBUAH bot pasukan mencari
dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam
bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru. Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera
yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada
pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari
pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ
tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos
berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya.
Pemahaman 'org2 kampung' mcm biasa lah,
mereka mengatakan itu semua adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis
kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada
'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan
jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini
ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan
yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut
barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu
kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak
cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata
Kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg
menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Thukah anda, isteri mangsa siap
tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah suaminya..
Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah..
Pelik, mcm mana
dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi separuh jalan je pasal di
pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau nk ikutkan dgn video ni, negara
kita masih selamat la, pasal dorg takleh nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah
video ini di buat2 oleh mat saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul
dlm video tu.. Sebab dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya
pula bukan calang2 hantu!
Cerita 4, Banglo
Hilang, area Taman Rinting
Kisah cerita ni
memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah
berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat duit dgn senang. duit yang didapati tidak
boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang
diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian
untuk perjudian.. anyway setelah langgar perjanjian.. rumah itu dighaibkan dan
penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi..maybe orang kat rumah dah jadi
bunian kot skang nih... dah hidup kat alam sana bersama orang2 bunian...
wallahualam.. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga
di tinggalkan?
Versi ke dua
pula ada yg menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim,
dan dia buat rumah besar2 dgn menggunakan harta anak yatim tersebut.
Versi ke 3 lagi
la macam haram.. banglo ni di katakan hilang pasal ada sorg sami buddha ni nak
test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul2.. haram x? nak
jadi David Copperfield pun agak2 la..
Beberapa bulan
selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat ni nak buat research kat tapak
rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di
datangi 1 mimpi yg sungguh misteri. dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu
lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm
gate banglo.. di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu
melambai-lambai di kiri dan kanan.. mereka melambai seolah-olah mengajak masuk
menuju gate tersebut.. yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada
3 org ahli mereka secara serentak! seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua
memakai pakaian putih nasihatkan jgn ke rumah tersebut.. orang tua itu berada
di hujung simpang.. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka melupakan saja
hajat mereka utk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah
banglo hilang ni pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu.. persoalan yg
menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya
mempunya lantai berbatu marmar?